: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Aku Ingin Berubah

Assalamualaikum.. Tahun 2015 banyak perkara yang telah aku lalui samada manis mahupun pahit. betullah kata orang tua-tua bahawa awan tu pun tak semestinya selalunya indah, macam tu jugaklah dengan kehidupan manusia. jatuh bangun seseorang ummat tu adalah telah tersurat dan dirancang oleh Allah. Percayalah Allah itu Maha mengadili dan Dia tahu baik buruk sesuatu utk hambaNya. Perlahan-lahan aku melangkah utk bangkit dari kehidupan yang begitu mencabar. Allah juga ada mengatakan bahawa sesuatu ujian yang diturunkan kepada hambaNya adalah sesuatu yg mampu ditanggung oleh hambaNya itu. Aku percaya semakin banyak ujian yang aku tempuhi menandakan Allah syg pada aku. Jadi, aku harus terus kuat untuk menempuhi segala ujian yang mendatang.
Satu persatu ingin aku ceritakan segala perjalanan hidup aku yang boleh dikatakan semakin dewasa ini. Pernah aku dengar desas desus bahawa kehidupan di alam dewasa ini akan berubah sama sekali jika dibandingkan dengan kehidupan ketika dibangku persekolahan. Ya, benar sekali, aku dapat melihat pelbagai kerenah manusia yang dahulunya aku anggap sebagai saudara ku sendiri tetapi kini telah menjadi musuh "ABADI". betullah tiga hari tidak bertegur maka berdosalah seseorang hamba itu. Tetapi hati ni aku tidak bisa membohong. bukan keras kepala yang ingin aku tonjolkan, tetapi ketetapan hati aku sudah sedemikian rupa. Aku juga perasan ada sekeliling aku yang baik, mengambil berat tentang aku disaat perkhidmatan ku diperlukan. Tetapi aku bukanlah seorang yang mudah melatah, Aku masih percaya bahawa manusia ni mampu berubah dalam hanya tiga saat dan aku sentiasa berdoa bahawa aku akan terus di bawah perlindunganNya dalam semua perkara.
Aku tahu dan aku sadar bahawa aku bukanlah hamba Allah yang sempurna. Masih banyak celah-celah perkara yang menjadikan aku antara hamba yang menderhaka kepada Allah. Aku masih cuba untuk perbaiki. Aku sedar bahawa setiap orang inginkan yang terbaik dan menjaga nama baik diri sendiri sebaiknya kerana pandangan pertama itu adalah penting di mata manusia. walaupun kita tahu, pandangan manusia hanyalah dunia semata. Tetapi ingatlah bahawa pandangan Allah tu lebih -penting. Bukanlah niat dihati ingin menjadi Ustaz secara "parttime", tetapi aku yakin dengan merubah diri sendiri dahulu adalah lebih utama daripada merubah diri orang lain.
Macam-macam manusia yang aku telah temui walaupun umur ku hanya sekadar 20-an. Tetapi aku yakin bahawa org sekeliling aku, boleh menjadi contoh yang boleh ak teladani samada perkara positif atau perkara negatif. Betul lah kata saudara "S" penjagaan masa atau disiplin masa tu penting. tapi saudara, ingin aku tegur dan aku percaya kita sesama bangsa dan agama tidak salah jika aku ingin menegur cara hidupmu dan penjagaan masamu seperti yang sering kau ungkap dengan lidah petah kau berbicara. Tidak aku mengatakan aku adalah yang terbaik. Seperti yang telah aku katakan tadi bahawa merubah diri sendiri dahulu adalah lebih baik sebelum kita mahu merubah orang lain. Ya Allah, peliharalah kata-kataku jika dengan kata-kataku mampu melukakan hati hamba yg hina juga sama seperti aku. 
Aku juga hamba yang hina dimata Allah. tanggungjawabku juga tidak begitu sempurna. In Sya Allah akan aku usahakan untuk merubah diriku. Ya Allah kau pelihara lah aku dari cara percakapan ku, kata-kataku, perilakuku dan segala macam tindakan ku seperti mana yang kau ingin kan. Sesungguhnya kau yang mampu mengubah hatiku. Aku sedar bahawa tidak akan berubah diri seseorang jika sesorang itu tidak cuba untuk mengubah dirinya sendiri. Tetapi aku mohon kepada Mu Yarrab agar kuatkan dan bantuilah segala usaha penghijrahanku ini.  
Read More
 photo banner2_zps6f99856f.jpg

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena