: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Skim Bantuan Pelajaran Yayasan Tunku Abdul Rahman (BPTAR)


Assalamualaikum
Salam sejahtera, Sawadi karp, Hello.. hahaha hari ni hyriel ader terbaca kat dapat portal UPSI berkenaan Skim Bantuan Yayasan Tunku Abdul Rahman (BPTAR). Tujuan hyriel sebab nak kongsi lah kepada mahasiswa dan mahasiswi blogger yang tak pernah dengar atau tak perasan tentang bantuan ni, terutama dalam kalangan mahasisa/i UPSI. Kepada sesiapa yang berminat boleh lah muat turut borang dan korang juga boleh baca syarat-syarat untuk memohon bantuan ni. Kalau dah ada rezeki depan mata kan, jangan kita lengah- lengah kan lagi. Kita usaha saja, tuhan yang menentukan. Kalau ada rezeki kita, insyaa Allah kita dapat.

Bantuan Pelajaran yang diberi nama Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ini diwujudkan untuk mengenang sifat perihatin Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia Pertama.

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ini dikhususkan untuk pelajar yang berlatar belakang daripada golongan miskin bagi membantu menampung kos sara hidup semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda sahaja di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Syarat – Syarat Permohonan

i.      Warganegara Malaysia

ii.     Berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program Ijazah Sarjana Muda di IPTA

iii.    Berlatar belakang keluarga miskin

iv.     Peminjam PTPTN layak memohon



Kadar Bantuan dan Cara Bayaran

Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR. Sumbangan akan diberi melalui Bendahari universiti.


Pengesahan Pendapatan Keluarga

Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh seorang Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibu bapa/penjaga) yang mengenali keluarga pemohon.


Permohonan

Calon yang layak boleh mendapatkan Borang Permohonan BPTAR dengan memuat turun daripada laman sesawang YTAR di www.yayasantar.org.my atau kamu KLIKSINI.

Borang yang telah lengkap hendaklah di hantar ke Unit Kebajikan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) sebelum 30 September 2013.


Jangan tunggu lagi, peluang dah ada didepan mata korang. Tapi kepada yang dah kaya tu hyriel rasa tak perlu mohon kot. Kita bagi lah peluang kepada yang lebih memerlukan. Bye !!

Tinggalkan Komen dan Like : : You are de Best !!

0 Sang Pencerita:

 photo banner2_zps6f99856f.jpg

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena