: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Novel Alaf 21 No Satu di Malaysia - Ramlee Awang Murshid

Assalammualaikum



Selamat malam semua kepada blogger di luar sana. Menurut tajuk entry kali ni hyriel nak share kan sedikit hobi hyriel pada semua. Untuk pengetahuan korang semua, hyriel ni seorang lelaki yang minat membaca novel yang berunsurkan seram dan fantasi. Sehubungan dengan itu, hyriel menjadi Ramlee Awang Mursyid sebagai novelis yang hyriel kagumi kerana beliau merupakan novalis pertama yang mempunyai novel berunsur seram dan fantasi yang banyak. Banyak novelnya yang hyriel dah baca. Hyriel tahu korang jugak ramai yang dah baca, malah menjadikan novel beliau sebagai koleksi korang kan? haaa sama lah kitee yerk .. Novel pertama beliau yang hyriel dah baca ialah Ungu Karmila. Sejak pertama kalinya hyriel baca novel ni lah, membuatkan hyriel berminat untuk terus membcaa novel yang berunsur seram dan fantasi. 

Selepas dari itu, banyak lagi novel beliau yang hyriel dah baca contohnya, Rayyan Fantasi, Mikhail, Adam, Fiksyen 302, Mandatori, 9 nyawa dan bnyak lagi. Tapi mana-mana novel beliau yang berunsur cintan-cinton ni memang lah hyriel tak baca. Novel yang terakhir hyriel baca ialah "Aku Bercerita". Hyriel galakkan korang baca semua novel yang dikarang oleh beliau. Memang cukup menarik dan memberi serba sedikit kesan dalam hidup korang. Okay lah, hyriel nak lah share salah satu novel yang hyriel dah baca. Sesiapa yang dah taw boleh lah senyap yer,, Hyriel bagi cerita yang ringkas lah yer. Novel yang hyriel dah baca ni bertajuk Rayyan Fantasi. 

Novel ni mengesahkan kehidupan seorang anak muda yang bernama Aiddin. Dalam kehidupan beliau banyak perkara yang telah dirahsiakan oleh kedua ibubapa nya termasuklah susur galurnya. Hal ini kerana, Aiddin ini adalah seorang anak angkat sahaja yang dipelihara oleh ibubapanya sekarang. 
RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

Saranan hyriel kepda peminat novel seram dan fantasi, boleh mendapatkan list novel-novel yang telah dikarang oleh Ramlee Awang Murshid kerana korang pasti tidak akan menyesal. Okay lah, hyriel rasa cukup sampai sini dulu. Hyrie mahu tidur awal kerana esok mahu balik kampung awal pagi.. bye !!

Tinggalkan Komen dan Like : : You are de Best !!

0 Sang Pencerita:

 photo banner2_zps6f99856f.jpg

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena