: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Indonesia bakal miliki menara tertinggi

Bissmillahhirohmannirohim
Asslamualaikum

Pembinaan Menara Pertamina yang akan disiapkan menjelang 2018, bakal menjadi mercu tanda baharu Indonesia selain muncul sebagai menara tertinggi di negara ini. - Agensi

Percaya atau tidak Hasrat Indonesia untuk menyaingi Malaysia untuk memiliki bangunan tertinggi, bakal tercapai dalam tempoh lima tahun lagi apabila menara tertinggi milik syarikat petroleum negara itu, Pertamina siap dibina.

Menara Pertamina dengan ketinggian 530 meter yang akan dibangunkan di Jalan Rasuna Said, Jakarta Selatan itu bakal menjadi mercu tanda baharu bagi Indonesia yang sudah lama berhajat menandingi kehebatan Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.

Bangunan 99 tingkat itu bakal dibangunkan di tanah seluas enam hektar dengan menggunakan khidmat arkitek dan jurutera Skidmore, Owings & Merrill yang bertanggungjawab menyiapkan menara ikonik Burj Khalifa di Dubai.

Pengarah Presiden Pertamina, Karen Agustiawan sebelum ini sudah mengumumkan projek pembinaan menara berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan Gabenor Jakarta, Joko Widodo bagi menyatakan hasrat syarikat minyak Indonesia itu pertengahan bulan lalu.

Tanpa mengumumkan kos pembinaan menara tersebut, Karen sebaliknya memberitahu, wang tidak menjadi masalah bagi Pertamina memandangkan pendapatan bersih syarikat tersebut pada tahun lalu sahaja mencecah AS$2.7 bilion.

Bahkan, Pertamina juga kata beliau, memiliki rizab sebanyak AS$9 bilion dalam bentuk wang tunai dan aset yang membolehkan syarikat itu membiayai kos pembinaan menara berkenaan.

Apabila siap kelak, Menara Pertamina akan dijadikan sebagai ibu pejabat baru syarikat tersebut selain bakal menempatkan anak-anak syarikat.

Pembangunan menara itu juga kata Karen, akan bermula pada hujung tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018, sementara majlis pecah tanah akan diadakan pada bila-bila masa bulan ini.

Keperluan memiliki menara itu juga bakal membuka ruang kepada Pertamina untuk meluaskan lagi skop perniagaannya dengan meningkatkan kakitangan seramai 14,000 orang pada masa ini kepada 25,000 pada tahun 2025.

Pada masa ini, menara paling tinggi yang ada di Jakarta ialah Menara BNI yang dibina pada ketinggian 262 meter pada tahun 1996.


Tinggalkan Komen dan Like : : You are de Best !!

0 Sang Pencerita:

 photo banner2_zps6f99856f.jpg

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena