: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Jodoh Manusia Ketentuan Ilahi (RePost)


Assalamualaikum


Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum
sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk
ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada
org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun
rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau
sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah mendengar. 

Wanita baik untuk lelaki
yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar
lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd
menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman 
kemudian nanti. 

Memang kita mudah ter silap
mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia
kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang
kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. 

Kita selalu melihat org
memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita
ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil 
pula org yang memandu kereta
mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih
tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli
dengan harga biasa, dia
terpaksa membayar berlipat ganda. 

Ketika anda terperangkap
dalam kesesakan jalan raya, motosikal 
mencelah-celah hingga mampu
berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku
hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke
tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang
memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka
membahagiakan itu benar2 membahagiakan. 

Bahagianya mungkin ada tapi
deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran
yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga
buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya
semakin tidak terurus. 

Ramai orang menempah neraka
sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah
dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin,
tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila
anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke
neraka? 



Berapa ramaikah yang
menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian
membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa
sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? 

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. 
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. 
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu
kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang
tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan
nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan
pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan
iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan 
insan kepada kesempurnaan
insan, bagi yang mengetahui rahsia2nya. 

Berkahwinlah anda demi Tuhan
dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut
kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang
menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu
mudah sampai dan tidak terhalang. " 



Seorang teman pernah berpesan.. 
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. 

Dia datangkan petir dan kilat.. 
kita menangis dan tertanya-tanya, 
kemana hilangnya sinar.. 
Rupa2nya.. Allah nak
hadiahkan kita pelangi.." " 

`Cinta yang disemadikan
tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk
kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar
haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi
iman terselit didada...

P.S :- Ramai yang ingin
berkahwin, tetapi ramai yang tidak tahu
menghargai sebuah perkahwinan..
Read More

Satu Demi Satu

Assalamualaikum

Selamat sejahtera, salam satu Malaysia, dan salam Aspirasi Za'ba. Dalam beberapa hari ni, line internet dekat UPSi ni slow sangat menyebabkan hyriel hampir kene barah otak. So, hyriel tak dapatlah menjengah, menebing, bersidai, terjuntai dekat blog ni buat seketika, but now dah okay dah semuanya(alhamdulillah). Setelah hyriel harungi macam-macam keadaan disini, tak sadar dah hampir sebulan hyriel berjauhan dengan keluarga dengan jayanya. 

Dah beberapa hari dan hampir sebulan hyriel cuba menyesuaikan diri, Alhamdulillah dapat hyriel menyesuaikan diri dan sekarang hyriel jumpa pelbagai ragam manusia sama ada positif mahu pun negatif. Ciptaan tuhan adalah indah-indah belaka. Kalau ciptaan nya lemah pada sesuatu pasti ada yang lebih pada sesuatu. (pening kepala baca ayat ni) . Alhamdulillah juga hyriel diterima untuk menjadi rakan exco untuk Penerbitan dan Informasi (PDI) thanks to Kak nina abd Bro Karim sudi terima hyriel yang pending ni. Setelah diterima hyriel terus diuji dengan membuat satu bunting. Alamak! macam mana ni? First time buat bunting ni. Nasib baik ada kawan yang tahu sikit-sikit. Dengan kuasa tuhan siaplah bunting yang hyriel buat dan tak seberapa ni. 





 Biasanya orang lain buat bunting relax je kan? Tapi hyriel lintang pukang, haruk pikok konon nya nak buat bersungguh-sungguh la konon. Ni jek hasil nye??? (boleh la buat geli-geli) Apa komen anda dengan bunting yang hyriel buat tu? Gambar tu saja hyriel letak, sebab gamba tu ada satu saka yang menambahkan semangat untuk terus kuat (fuuuhhhhhh ayat~)  hahaha. Actually dah takda idea nak letak gamba mana, dengan internet yang slow, so gambar tu lah jadi bidan terjut. That's why la bunting yang atas dengan yang bawah lebih kurang jek. Cuma beza gambar bawah tu ada gamba saka yang kuat dan gangster hahaha(sorry kak Deel). 

Baru sahaja tadi hyriel mencuba nasib dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Tak tahu la nak komen macam mana, sebab hyriel pun budak baru belajar dan tak tahu apa-apa lagi. Macam yang hyriel cakap tadi, hyriel dah jumpa macam-macam orang yang ada dalam universiti ni. Sebentar tadi hyriel dah tengok mereka-mereka berteater. Pergh!!! gempak habis, semua bersunguh-sungguh. Ada yang jadi maknyah (kalau betul laku kau dik), ada yang nangis putus tunang, ada yang menangis kematian orang tua nya. Semua lakonkan mereka berjalan dengan jayanya. Mereka semuanya memang superb. Kadang-kadang hyriel cemburu juga, tapi setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa pun hyriel dah buat apa yang patut, rezeki semua di tangan tuhan.

Kata-kata terakhir dari hyriel, harap semua kawan-kawan seperjuangan dapat meneruskan perjuangan walau kita jatuh tersungkur sekali pun. Hyriel betul-betul suka dengan Falsafah ni, " biar lah jatuh tersungkur sekali pun dan jangan terus mengalah kerana dengan menegecapi kejayaan selepas jatuh adalah lebih manis nikmatnya. Menangislah sepuasnya jika dengan menangis mampu menguatkan kita(kredit to Kak Fatin Fadwana Mhd Safingi ). Jika kita tak merasakan kepahitan nya kegagalan, sebenarnya kita tak dapat menikmati manis nya kejayaan.  Hidup lah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya. Kehidupan adalah sesuatu yang tak dijangka, jadi berpijaklah dibumi yang nyata dan membumbungkan langit yang tujuh. Walau apa jua kata satu dunia tentang harus matinya kamu, walau bagaimana meyakinkan, JANGAN JATUH(kredit to Kak Deel Hashim).
Assalamualaikum
Read More

Alhamdulillah Aku Diselamatkan


Assalammualaikum

Saya Sudah Diselamatkan!!


Selamat petang kepada semua blogger yang sudi membaca luahan hati hyriel yang kadang-kadang menjadi penyebab masalah-masalah kemurungan. Alhamdulillah segala halangan yang begitu getir telah hyriel lalui dan segalanya sudah selesai. Terima kasih hyriel nak ucap kan kepada ahli-ahli MMKZ yang sudi memilih hyriel untuk berkhidmat dalam MMKZ dan merangkap untuk menjadi penghuni tetap di dalam kolej ni walaupun hyriel sendiri tak tahu lokasi hyriel di mana, sama ada di rakan exco PDI atau rakan fasilitator. Tak kisah lah, janji tuhan dah tunjukkan jalan kepada hyriel untuk terus memajukan diri dan menjadi yang lebih baik. Terima kasih kepada Kak Deel, Kak Wana, Kak Fifi, Kak Asma, Kak Atiey, Kak Dieba, Kak Ezza, Kak Nina, Kak Mazi, Kak Syamilah, Kak Dayah, Kak Yati, Kak Najeeba, Abang Muiz, Abang Nizam, Abang Zhafran, Abang Fadhil, Abang Azhar, Abang LAn, Abang Reza, Abang Din, Abang Syukor, Abang Karim, Abang Harez, Adlee dan semua maybe hyriel tak mention (sorry) kerana berhempas pulas, sanggup tak tidur, sanggup mengorbankan masa semata-mata menyelesaikan konfli yang getir ni dan menyelamatkan hyriel dari dihumban ke Kolej lain. (Khop khun krap)

Hanya tuhan saja yang tahu hati dan perasaan hyriel bila mendapat tahu hyriel boleh kekal di dalam keluarga ini. Walaubagaimanapun hyriel juga berdukacita atas permindahan kawan-kawan yang lain walaupun dengan paksa rela. Ingat, Allah adalah perancang yang terbaik untuk hambanya, maka tabahlah dan bersedia dengan kehidupan baru (cehh,, kalau aku yang kene humban ke kolej lain tak taw la mcm mane). Insyaa Allah hyriel akan bersedia dan berusaha semaksima mungkin untuk menunjukkan komitmen yang tinggi dalam organisasi ni. Cuma satu permintaan hyriel dari ahli-ahli MMKZ agar dapat memberikan tunjuk ajar kerana hyriel ni jenis seorang yang pending sikit. Kesabaran akak-akak dan abg-abang amat lah diperlukan untuk mendidik hyriel agar menjadi seorang yang flexible. Terima kasih yang tak terhingga kepada abang Muiz kerana berusaha untuk meyakinkan hyriel untuk membuat yang terbaik dalam temuduga untuk menjadi rakan exco dan fasilitator. Jasa anda tidak akan hyriel lupakan. 

Hyriel nak tujukan lagu ni untuk rakan-rakan seperjuangan yang terpaksa berpindah bukan kerana mereka lemah, tetapi tuhan ada jalan lain untuk mereka berjaya. Terimalah 



Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki
Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ
Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu
Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Apa jua akhirnya tetap bersama
Oh

Lovarian -Perpisahan termanis (Chorus) 

Jadikan ini perpisahan yang termanis
yang indah dalam hidup mu, sepanjang waktu
Semoga berakhir, tanpa dendam dalam hati
maafkan semua salahku
yang mungkin menyakiti mu


Read More

Ku Serahkan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM




Sekadar meluahkan apa yang ada di dalam fikiran dan perasaan ini. Entah mengapa bangun dari tidur hari ini aku merasakan bahawa seakan aku tidak sanggup lagi untuk membukakan mata . Terasa berat sekali. Merasakan begitu penat dan letih mengikut liang lentok duniawi . Meredah onak dan duri . Melawan arus ombak pantai duniawi yg mengganas. Sungguh panjang perjalanan ini. Telah jauh aku berjalan. Telah banyak yang ku temui. Semakin hari semakin aku tidak pasti apakah rencanaNYA. Aku masih mencari-cari jawapan. Semakin hari semakin sukar untuk diterjemahkan. Apakah sebenarnya ya Allah?? Jangan KAU uji sesuatu yang diluar kemampuanku. Tabahkan & kuatkanlah hati ini. Jangan biarkan ku bersendirian..

Kebahagiaan bukanlah milik kita. Segalanya adalah milikNYA, begitu juga dengan hati. Jalan mujahadah itu tidak semudah ringan bibir berbicara. Mengatakan "TIDAK" pada suatu yang sememangnya ada didalam hati bisa sahaja menjadikan diri ini hilang separuh pertimbangan. Berbekalkan iman yang senipis kulit bawang ini aku cuba melakar sebuah ketabahan. Kerna ku tahu segala ketentuan dan rencanaNYA bukan suatu yang sia-sia. Ada hikmah yang tersembunyi. Kuatkan ku ya Allah.. 

Aku cuba menjadikan situasi ini suatu yang positif. Aku yakin Allah sayangkan aku . Allah tidak ingin lepaskan aku sendirian di saat aku masih hanya mampu bertatih dijalan yang berliku-liku ini. Mungkin telah tiba saatnya untuk aku bangkit dari lena yang panjang. Membina kematangan melalui pengalaman perjalanan ini. Hati ini bukan milikku ya Allah. Ku serahkan segalanya kepadaMU. Ambillah hati ini. Sungguh aku tidak lagi mampu untuk menjaganya. Jika hatiku ini tiada nilainya lagi disisiMU. Maka gantikanlah hati yang lain buatku.

ku serahkan segala ketentuan..
biarlah masa yang berbicara..
dipangku wajah nan layu..
dan aku telah jemu..

Aku tidak mahu berpaling..
Pada yang mengganggu dan menggugat..
Sapanya meletihkan diri..
Hadirnya mengundang penat..

Akan ku serah cinta ini..
Bukan lagi pada manusia..
Kerana cinta martabat itu..
Bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan

Ku Serahkan pada MU ya Allah...
Read More

Selamatkan Saya

Assalammualaikum



Selamat pagi semua. Bersungguh hyriel malam ni untuk menulis entry kali ini. Memandangkan hyriel telah menerima cubaan yang paling getir semenjak hyriel menjejakkan kaki di universiti ini. Straight to the point, Kenapa Hyriel perlu diselamat kan dari proses permindahan tu???

Seperti yang kalian tahu, hyriel seorang yang tak mudah untuk mesra dengan orang lain terutama orang baru. Dengan hyriel yang baru nak menjalani hidup yang bahagia, tiba-tiba hyrel dicampakkan ke tempat baru. Tak dapat hyriel bayangkan. Tapi tabiat hyriel adalah suka untuk memerhati, tak kira apa pun. Semenjak Abg Fadhil berucap buat kali pertama dan konon nya seorang yang berpenampilan yang tegas dan bengis, hyriel terus memerhati kerana hyriel tahu ada yang tak kena, kerana lakonan abg Fadhil tak mampu melawan pemerhatian yang hyriel buat. Hyriel terus memerhati sehingga macam-macam karenah akak-akak dan abang-abang fasi buat untuk menutup pernampilan sebenar abang Fadhil. Tetapi hyriel dapat juga nampak dan sikap sempoi, gila-gila yang mereka tunjukkan menyebabkan terlintasnya difikiran hyriel yang menyatakan "tuhan sayang dengan aku dan menentukan ini untuk aku","yes ini yang aku mahukan", "Alhamdulillah aku ditempatkan satu keluarga yang sempoi dan komited dalam melakukan sesuatu kerja". Hanya tuhan saja yang tahu benar atau tidak ini terlintas dalam fikiran hyriel. Hyriel terlalu yakin bahawa keluarga ini yang mampu menjaga dan melindungi serta mendidik hyriel. Kalau kuota percentage unlimited, hyriel dah letakkan unlimited% kepercayaan hyriel kepada MMKZ dalam membimbing hyriel. Tetapi boleh kah MMKZ meletakkan kepercayaan keatas hyriel atleast 70%? (Wallahhualam)

Pada awalnya hyriel adalah seorang yang tak mungkin seperti sekarang tapi demi untuk berjuang pertahankan hak hyriel, hyriel sanggup buat apa sahaja sehingga hyriel di suruh bersajak secara spontan (keluar mat-mat bunga aku). Hyriel terpaksa menahan malu demi untuk bertahan dengan harapan mendapat jawatan. Jadi promoter bidan terjun (nak promote handphone, tetiba promote susu..hahaha ). Selain itu, bukan nak membangga diri, tetapi dah ada dalam soalan kan. Hyriel pernah mewakili johor ke peringkat kebangsaan dalam Festival Sains dan Teknologi di Sarawak dan mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan saintis muda. Hyriel pernah mewakili Johor ke peringkat kebangsaan dalam Festival Nasyid dua tahun berturut-turut. Hyriel juga salah seorang ahli debat ala parlimen sekolah walaupun hyriel antara menteri-menteri yang belakang. Hyriel juga pernah sertai pertandingan Forum pelajar. Hyriel juga pernah sertai pertandingan Movie Maker 1 Malaysia yang melibat ribuan perseta dalam satu Malaysia dan video yang hyriel buat telah disenarai pendekkan tetapi tewas diatas unsur-unsur right copy yang hyriel buat. Hyriel juga pernah memenangi Johan dua tahun berturut-turut dalam acara rejam lembing semasa form6 dulu. Hyriel juga aktif dalam kegiatan permainan catur dan pernah wakil untuk ke peringkat negeri serta hyriel juga selalu menyertai pertandingan catur terbuka. 

Bukan lagak yang hyriel nak tunjukkan, cuma hyriel ikut apa tokoh belia 2013 katakan, kalau kita tak gila kuasa, macam mana kita meningkat. Begitu juga apa yang abang Muis katakan, waktu sekarang ni lah kita nak tunjukkan semua kebolehan yang kita ada. Bila hyriel remind kembali terasa nak menitis air mata tetapi hyriel takut dengan menitiskan air mata, hyriel tak mampu untuk bangun semula, walaupun kak wana ada mengatakan " Kalau menangis mampu membuatkan kita kuat, teruskanlah menangis".  Hyriel begitu berharap jodoh antara hyriel dengan MMKZ akan berkekalan sehingga hyriel berjaya posting nanti (Insyaa Allah). Semasa interview tadi, tiada apa yang berlegar dalam pemikiran hyriel, cuma satu iaitu berperang sehabis nya untuk pertahankan hak hyriel untuk terus tetap di dalam KZ ini. Insyaa Allah selagi nyawa dikandung badan, selagi kudrat masih mengizinkan hyriel akan tetap berusaha memberikan komitmen yang semaksima mungkin. to akak Wana, kak Deel, kak Fifi, abang Muiz, abang Syukor, abg Nizam dan Adlee(thanx kawan) yang tak jemu menjawab setiap pertanyaan yang hyriel selalu hujarkan. Andai kata telah tertulis KZ bukan jodoh hyriel, hyriel harap hyriel akan dapat layanan yang sama seperti abang-abang dan kakak-kakak di MMKZ melayani hyriel. Setiap yang terjadi pasti ada khidmahnya. Hyriel tak pernah lupa bahawa Allah adalah perancang strategi yang paling hebat dan Allah tak pernah mahu melihat hambanya susah. Assalamualaikum.

Dah susun ayat gaye ni dah tadi... bilee naik pentas hilang semua .. heheh

Read More

Cuba Untuk Mendekati

Assalammualaikum


Selamat tengahari, salam perpaduan kepada semua blogger dan semua pembaca diluar sana. Hari ni terlintas pula di dalam kepala otak nak tulis entry. Walaupun hyriel tahu ada diluar sana yang dh naik meluat dengan setiap entry yang hyriel tulis. "ade aku kesah?!" kalau sesiapa yang tak berminat nak baca tapi dah terbukak blog ni, hyriel bantu untuk keluar. Just CLICKHERE thnx :')

Apa yang hyriel cuba sampaikan mengenai tajuk entry hyriel hari ni adalah mengenai aktiviti yang hyriel cuba untuk ceburi dan dekati. Almaklumlah, sayee ni budak baru yang masih merangkak di alam universiti. Pelahan-lahan hyriel memerhati cara orang yang berpengalaman bekerja dan menyelesaikan sesuatu masalah yang membuatkan hyriel jadi tertarik untuk mendekati. Malangnya hyriel ni seorang yang lambat untuk mesra dan susah untuk bersosial dengan orang baru. So, hyriel buat tak tahu je. Tertinggal  lah hyriel untuk mengejar apa yang hyriel mahu kan. Walaubagaimanapun, sesi yang hyriel tunggu-tunggu untuk menyerlahkan diri semakin tiba, tetapi mampu ker hyriel serlah kan diri dalam masa yang singkat macam ni? Tidak kah nanti ada yang mengatakan hyriel ni jenis yang gila kuasa? Hyriel teringat kata-kata Tokoh Belia 2013 ada mengatakan " biar kita dikata sebagai orang yang gila kuasa untuk membolot semua jawatan, asalkan masa depan kita terjamin bila kita tamat pengajian nanti". Mengikut pengamatan hyriel berkaitan Tokoh tersebut, dengan sikap yang gila kuasalah beliau telah disandang menjadi Tokoh Belia yang termuda dan menyandang sebuah jawatan yang tinggi di dalam Jabatan Perdanan Menteri dalam seumur yang begitu muda. Yang lebih membanggakan hyriel, beliau adalah di kalangan anak-anak FELDA. 

Bukan sikap gila kuasa yang hyriel nak mention disini, cuma dengan sikap beliau menjadi bahan bakar untuk hyriel berusaha dan memasang cita-cita. Insyallah hyriel kan cuba buat yang terbaik untuk memudahkan lagi perjalanan hyriel di masa hadapan kelak. Dalam situasi yang baru macam ni, macam-macam dugaan dan halangan yang perlu hyriel tempuh. Dengan Sipulan A berkata begitu, dengan Sipulan B berkata bergini sehinggakan hyriel menjadi buntu. Alhamdulillah segalanya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hyriel nak menyentuh kejadian yang agak memalukan yang berlaku semasa hyriel dalam program orientasi di UPSI ni. Bukan niat hyriel nak cari populariti macam tu, tapi kalau diikutkan apa yang hyriel katakan adalah benar.(tiada unsur provokasi) Setiap manusia ada melakukan kesalahan dan tak akan pernah dapat lari dari kesalahan tu. Hyriel tahu bnyak pengorbanan yang sudah dilakukan oleh certain pihak yang hyriel terlepas pandang sehingga hyriel melakukan sesuatu yang tak patut hyriel buat. Walaubagaimanapun, semua nya sudh berakhir. Cuma sekarang hyriel mesti fokus dalam setiap aktiviti dan tugasan yang diberikan.

Dalam minggu ni, macam-macam yang hyriel tahu, salah satunya, menggunakan aplikasi Prezi. Hyriel tahu ada diantara kalian yang expert. Hyriel akan cuba menjadi antara kalian yang expert tu. Selain tu, hyriel jenis seorang yang mengharapkan teman untuk melakukan sesuatu, tetapi hyriel dah berjjya menyelesaikan masalah sendiri dengan berhaluan sendiri tanpa peneman, dan sedikit sokongan dari senior dan sahabat. Hyriel juga sudah memahami keadaan persekitaran dan masih mencuba untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru. Hyriel juga sudah mula pandai berdikari dari aspek kewangan, pengurusan masa, pengurusan hal peribadi atas dorongan kalian (Terima Kasih). Walaupun hyriel jenis yang kurang pandai bergaul dan masih dalam pembelajaran. Insyaa Allah hyriel akan berusaha untuk menjadi seorang yang mudah untuk bergaul dan memberikan komitmen yang maksima. Pada dahulunya hyriel dikenali seorang yang sangat kurang berbudi bahasa sehingga ada yang menegur, Insyaa Allah hyriel akan cuba perbaiki kelemahan itu, walaupun sudah tertulis setiap manusia mesti ada kelemahannya.

Banyak senior-senior yang hyriel nampak berusaha dalam membantu budak-budak baru macam hyriel ni. (Terima Kasih) Seikhlas hati hyriel katakan yang hyriel berbangga dan bersyukur kerana tuhan telah meletakkan hyriel di kalangan orang yang mampu membimbing kami untuk terus berjaya (Alhamdulillah). Walaupun sering terlintas di benak hati ni, mampukah hyriel setanding dan seiring dengan mereka? Insyaa Allah hyriel kan cuba dan usaha. Assalammualaikum 
Read More

Hari Yang Begitu Singkat

Assalamualaikum

Malam ni adalah malam yang agak sayu bagi hyriel. esok hyriel perlu mengorak langkah ke Universiti dan meninggalkan sesuatu yang hyriel sayang. Demi Allah, kalau diikutkan hati, hyriel sanggup menjadi katak di bawah tempurung. Walaupun tidak dapat melihat dunia luar  tetapi hyriel dapat sentiasa bersama orang yang kita sayang. Walaubagaimanapun, hyriel terpaksa pergi untuk mengejar cita-cita demi mengubah masa depan. 
Pertama sekali hyriel tak sanggup nak meninggalkan jauh ibu yang tercinta memandangkan keadaanya yang tidak begitu sihat sepenuhnya. Tuhan saja yang tahu hati dan perasaan hyriel melihat air muka kegembiraannya ketika hyriel diterima untuk melanjutkan pelajaran. Sebak rasa hati, bila memandang raut wajah nya yang melihat pemergian hyriel untuk melanjutkan pelajaran. Tetapi demi mengubah masa depan dan inginkan masa depan yang cerah, hyriel terpaksa mengangkat kaki dan terus berjalan dengan hati yang sayu. Insyaa Allah, kalau diizinkan tuhan hyriel berjaya menamatkan pengajian ini, hyriel akan sentiasa bersama dengannya walaupun kami berjauhan. Ya Allah, dengan kuasamu aku memohon agar kau sentiasa memberikan kesihatan yang baik untuk ibuku dan permudahkan urusannya sehingga aku berjaya dalam hidup dan dapat membalas serba sedikit pengorbanannya selama membesarkan aku tanpa rasa jemu. Ya Allah, kau permudahkan urusanku sepanjang pemergianku untuk menimba ilmu. Kau tentukan kejayaan dalam hidupku agar aku dapat menyumbangkan serba sedikit kebaikan kepada orang yang berada disekelilingku yang sentiasa memberi sokongan dan sanggup berkorban demi melihat aku berjaya.


MY BELOVED MOTHER


Yang kedua. Semenjak hyriel menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran, perkara kedua yang terlintas dalam fikirn hyriel ialah sanggupkah hyriel berjauhan dengan sahabat-sahabat hyriel yang sentiasa berada dibelakang hyriel dikala susah senang hyriel. Hanya satu perkara yang bermain difikiran hyriel ketika melangkahnya hyriel ke Universiti iaitu adakah hyriel akan berjumpa semula dengan mereka yang sama selepas hyriel menamatkan pengajian nanti? Perkara ini sering menghantui hyriel sehingga hyriel merasakan untuk menyerah kalah. Walaubagaimanapun masa depan hyriel baru nak bermula. Hyriel terpaksa berkorban demi masa depan hyriel. Jika takdir tuhan telah tertulis persahabatan kami sampai disini, hyriel terpaksa akur dan redha. Ya Allah sesungguhnya kau adalah yang berkuasa, kau kuatkanlah hati kami agar tidak goyah dalam bersahabat. Sesungguhnya seumur hidupku persahabatan inilah kurasakan satu hubungan persahabat yang paling sempurna keerana adanya mereka-mereka yang saling mambantuku dikala ku susah dan senang, menyedarkan ku dikala aku hampir terbabas dalam kehidupan, memberikan aku semangat ketika aku hampir jatuh. Hyriel begitu berharap agar sahabat-sahabat hyriel dapat mendoakan kejayaan hyriel di dunia dan di akhirat.


















MY BESTIE :)

Sesungguhnya ujian Allah adalah kepada mereka yang Allah sayang dan tiada ujian yang Allah turunkan kepada hambanya sehingga hambanya jatuh. Assalammualaikum.

Read More

Peraduan Anak-anak comel 2013

Assalammualaikum
Hye selamat malam semua blogger-blogger yang tersayang. Sekarag ni hyriel berada di kampug halaman yang tersayang selama beberapa hari. Straight to the point, hyriel ada masukkan anak buah hyriel ke Peraduan Anak-anak comel 2013. Dengan harapan yang tinggi hyriel minta jasa baik korang untuk mengundi anak buah hyriel dengan mengelike gambarnya. Walaupun kedudukan gabar anak buah hyriel ni masih renda, tetapi hyriel akan sedaya upaya berusaha untuk memenangi peraduan ni.


Nama : Adam Ezham Bin Mohd Fadli
Umur : 4 Tahun
Berasal : Muar Johor

korang klik je pada gambar tu, then korang like jerk gambar tu sekali. Selain tu korang boleh lah cuci mata tengok satu persatu gambar anak-anak yang comel-comel belaka. Tetapi hyriel nak ulang sekali lagi dan memohon jasa baik korang untuk like gambar anak buah hyriel ni agar kami dapat menjuarai peraduan ni. 
Jangan lupa KLIKSINI untuk mengelike gambar anak buah hyriel. Kalau korang like,, hyriel love giler lah kat korang. hehehe 


Read More

Novel Alaf 21 No Satu di Malaysia - Ramlee Awang Murshid

Assalammualaikum



Selamat malam semua kepada blogger di luar sana. Menurut tajuk entry kali ni hyriel nak share kan sedikit hobi hyriel pada semua. Untuk pengetahuan korang semua, hyriel ni seorang lelaki yang minat membaca novel yang berunsurkan seram dan fantasi. Sehubungan dengan itu, hyriel menjadi Ramlee Awang Mursyid sebagai novelis yang hyriel kagumi kerana beliau merupakan novalis pertama yang mempunyai novel berunsur seram dan fantasi yang banyak. Banyak novelnya yang hyriel dah baca. Hyriel tahu korang jugak ramai yang dah baca, malah menjadikan novel beliau sebagai koleksi korang kan? haaa sama lah kitee yerk .. Novel pertama beliau yang hyriel dah baca ialah Ungu Karmila. Sejak pertama kalinya hyriel baca novel ni lah, membuatkan hyriel berminat untuk terus membcaa novel yang berunsur seram dan fantasi. 

Selepas dari itu, banyak lagi novel beliau yang hyriel dah baca contohnya, Rayyan Fantasi, Mikhail, Adam, Fiksyen 302, Mandatori, 9 nyawa dan bnyak lagi. Tapi mana-mana novel beliau yang berunsur cintan-cinton ni memang lah hyriel tak baca. Novel yang terakhir hyriel baca ialah "Aku Bercerita". Hyriel galakkan korang baca semua novel yang dikarang oleh beliau. Memang cukup menarik dan memberi serba sedikit kesan dalam hidup korang. Okay lah, hyriel nak lah share salah satu novel yang hyriel dah baca. Sesiapa yang dah taw boleh lah senyap yer,, Hyriel bagi cerita yang ringkas lah yer. Novel yang hyriel dah baca ni bertajuk Rayyan Fantasi. 

Novel ni mengesahkan kehidupan seorang anak muda yang bernama Aiddin. Dalam kehidupan beliau banyak perkara yang telah dirahsiakan oleh kedua ibubapa nya termasuklah susur galurnya. Hal ini kerana, Aiddin ini adalah seorang anak angkat sahaja yang dipelihara oleh ibubapanya sekarang. 
RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

Saranan hyriel kepda peminat novel seram dan fantasi, boleh mendapatkan list novel-novel yang telah dikarang oleh Ramlee Awang Murshid kerana korang pasti tidak akan menyesal. Okay lah, hyriel rasa cukup sampai sini dulu. Hyrie mahu tidur awal kerana esok mahu balik kampung awal pagi.. bye !!
Read More

Skim Bantuan Pelajaran Yayasan Tunku Abdul Rahman (BPTAR)


Assalamualaikum
Salam sejahtera, Sawadi karp, Hello.. hahaha hari ni hyriel ader terbaca kat dapat portal UPSI berkenaan Skim Bantuan Yayasan Tunku Abdul Rahman (BPTAR). Tujuan hyriel sebab nak kongsi lah kepada mahasiswa dan mahasiswi blogger yang tak pernah dengar atau tak perasan tentang bantuan ni, terutama dalam kalangan mahasisa/i UPSI. Kepada sesiapa yang berminat boleh lah muat turut borang dan korang juga boleh baca syarat-syarat untuk memohon bantuan ni. Kalau dah ada rezeki depan mata kan, jangan kita lengah- lengah kan lagi. Kita usaha saja, tuhan yang menentukan. Kalau ada rezeki kita, insyaa Allah kita dapat.

Bantuan Pelajaran yang diberi nama Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ini diwujudkan untuk mengenang sifat perihatin Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia Pertama.

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ini dikhususkan untuk pelajar yang berlatar belakang daripada golongan miskin bagi membantu menampung kos sara hidup semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda sahaja di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Syarat – Syarat Permohonan

i.      Warganegara Malaysia

ii.     Berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program Ijazah Sarjana Muda di IPTA

iii.    Berlatar belakang keluarga miskin

iv.     Peminjam PTPTN layak memohon



Kadar Bantuan dan Cara Bayaran

Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR. Sumbangan akan diberi melalui Bendahari universiti.


Pengesahan Pendapatan Keluarga

Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh seorang Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibu bapa/penjaga) yang mengenali keluarga pemohon.


Permohonan

Calon yang layak boleh mendapatkan Borang Permohonan BPTAR dengan memuat turun daripada laman sesawang YTAR di www.yayasantar.org.my atau kamu KLIKSINI.

Borang yang telah lengkap hendaklah di hantar ke Unit Kebajikan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) sebelum 30 September 2013.


Jangan tunggu lagi, peluang dah ada didepan mata korang. Tapi kepada yang dah kaya tu hyriel rasa tak perlu mohon kot. Kita bagi lah peluang kepada yang lebih memerlukan. Bye !!
Read More

Paku Pontianak Fullmovie 2013


Assalammualaikum


Malam-malam macam ni hyriel teringin pulak tonton cerita seram. korang dah tengok tak cerita yang hyriel nak share ni? Cerita yang hyriel nak share ni bertajuk Paku pontianak. Bukan apa, tak sedap pulak kan hyriel tengok sorang-sorang. So, hyriel akan share cerita ni kat korang. Harap korang enjoy
Firstly hyriel nak cerita serba sedikit tentang kisah cerita ni. Filem ini mengisahkan Adam sebagai watak utama yang terlanggar Melati ketika memandu, Akibat rasa bersalah kerana melanggar Melati, Adam dan keluarganya menyuruh Melati tinggal bersama mereka selepas kejadian itu. Gadis yang bernama Melati itu menghidap amnesia dan telah lupa ingatan. Namun, kedatangannya di situ telah menyebabkan pelbagai kejadian misteri berlaku. Mungkin juga kisah silam Melati sedang menghantui hidupnya. Cukup lah sampai sini, kalau nak tahu cerita selanjunya jom kita tonton :')




Paku Pontianak Part 1







Paku Pontianak Part 2



Amacam? ada okay ka? tinggalkan komen anda :')
Read More

Spider Datang UPSI

Assalamualaikum


Hye semua.. Hyriel nak straight to the point la. Malam tadi memang happy giler lah sebab Kumpulan yang dah menempah nama yang tinggi kat Malaysia sudi datang ke UPSI. Melalui tajuk pun korang dah tahu kan siapa yang datang. Pada mulanya hyriel taknak jugak ambil port ni. Just duduk jauh-jauh sebab jenis hyriel ni tak suka sangat dok menyelit-nyelit ni. Tapi mana boleh tahan orang lain dah penuh depan pentas, sampai hyriel pun dah tak nampak batang hidung Tam Spider dah. Tak lengah lagi hyriel pun sebuk lah berpusu-pusu merebut tempat yang paling depan. hahahaha Tapi hyriel dapat betul-betul depan, tapi depan speaker la. Tuhan jer yang tahu bingit ke tidak telinga hyriel ni. Tapi apa boleh buat, situ jer yang kosong. 

Memamg hyriel tak lepaskan peluang merakam semasa Spider menyanyi. hahahaha Beria lah sikit, tapi lumrah manusia kan. Ingat banyak sangat lagu yang dia nyanyikan. Rupanya sikit jerk. Walaupun sikit, puas juga lah hyriel terkinje-kinje kat depan speaker tu. hahahaha By the way, hyriel sempat merakan beberapa lagu jerk. Not bad tapi ada masalah audio sikit. Maklum lah duduk depan speaker kan. Sekali dia pentik gitar, bergegar gegendam telinga tahap maksima. 

Hyriel nak share la kat korang video yang hyriel rakam. Grafik pun tak berapa cantik, almaklumlah handphone yang cokia jek yang sempat dicapai. Harap kepada warga UPSI yang tertinggal konsert ni dapat enjoy. 













Haaaa ni lah serba sedikit yang hyriel dapat kongsi kepada korang semua termasuk blogger yang belum follow hyriel dan warga UPSI yang dah tertinggal konsert ni. Sekarang ni hyriel nak bersiap pergi kelas.. Bye .. peace yoww!!!!!!
Read More

Rindu Kepada Satu Perhubungan Persahabatan

Assalamualaikum
Selamat malam semua. Berkenaan tajuk entry kali ni, mesti korang cakap yang hyriel ni jenis yang poyo kan. Baru berapa hari tinggalkan kampung dah rindu bagai. Honestly, dari kecil hingga hyriel sambung ke tingkatan 6 hyriel tak pernah jauh dari keluarga dan tinggalkan kampung halaman. Kiranya ni first tie lah hyriel jauh dari keluarga. Bila time-time macam ni lah ingat kan kenngan manis di kampung. hahahaha













Setiap gambar telah menyimpan banyak kenangan manis yang mampu mengalirkan air mata. Ada juga kawan hyriel yang ada dalam gambar ni yang hyriel sendiri tak taw bila hyriel akan jumpa mereka. Kalau Allah dah takdirkan mereka sahabat hyriel sehingga ke akhir zaman nanti insyallah hyriel akan jumpa mereka suatu hari nanti. Mereka lah sahabat sehidup dan mati hyriel. Susah senang kami bersama.

Sebenarnya hyriel ni seorang yang sukar untuk bergaul. Tetapi mereka-mereka lah yang mengajar hyriel bagaimana untuk bergaul dan bersosial. Wahai sahabat ku insyallah jika umur ku panjang dan Allah mengizinkan untuk kita bertemu, insyallah kita tetap akan bertemu. Blogger semua, untuk pengetahuan korang, antara kawan-kawan hyriel yang ada dalam gambar, bukan semuanya berasal dari Malaysia. Ada juga yang berasal dari Thailand, Indonesia, Myanmar dan sebagainya. Oleh sebab itu, macam yang hyriel cakap tadi, selama 4 tahun hyriel di UPSI ni , macam-macam boleh berlaku. Kemungkinan besar kami tak akan berjumpa lagi. Sukar jika mereka telah pulang ke kampung halaman untuk hyriel berjumpa dengan mereka.

Ya Allah, kau rapatkan lah lagi hubungan persahabatan kami walaupun hubungan kami dihalang oleh sebuah lautan yang luas. Kerana persahabat kami ini sangat berharga dan tiada gantinya. Ya Allah, janganlah kau putuskan hubungan persahabatn kami ini, kerana aku hambamu yang lemah tak mampu mengharungi saat getir perpisahan kami

" Jadikan ini perpisahan yang termanis, 
seindah dalam hidup mu, 
sepanjang waktu
Semoga berakhir tanpa dendam dalam hati
maafkan semua salah ku 
yang mungkin menyakitimu"

Read More

Indonesia bakal miliki menara tertinggi

Bissmillahhirohmannirohim
Asslamualaikum

Pembinaan Menara Pertamina yang akan disiapkan menjelang 2018, bakal menjadi mercu tanda baharu Indonesia selain muncul sebagai menara tertinggi di negara ini. - Agensi

Percaya atau tidak Hasrat Indonesia untuk menyaingi Malaysia untuk memiliki bangunan tertinggi, bakal tercapai dalam tempoh lima tahun lagi apabila menara tertinggi milik syarikat petroleum negara itu, Pertamina siap dibina.

Menara Pertamina dengan ketinggian 530 meter yang akan dibangunkan di Jalan Rasuna Said, Jakarta Selatan itu bakal menjadi mercu tanda baharu bagi Indonesia yang sudah lama berhajat menandingi kehebatan Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.

Bangunan 99 tingkat itu bakal dibangunkan di tanah seluas enam hektar dengan menggunakan khidmat arkitek dan jurutera Skidmore, Owings & Merrill yang bertanggungjawab menyiapkan menara ikonik Burj Khalifa di Dubai.

Pengarah Presiden Pertamina, Karen Agustiawan sebelum ini sudah mengumumkan projek pembinaan menara berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan Gabenor Jakarta, Joko Widodo bagi menyatakan hasrat syarikat minyak Indonesia itu pertengahan bulan lalu.

Tanpa mengumumkan kos pembinaan menara tersebut, Karen sebaliknya memberitahu, wang tidak menjadi masalah bagi Pertamina memandangkan pendapatan bersih syarikat tersebut pada tahun lalu sahaja mencecah AS$2.7 bilion.

Bahkan, Pertamina juga kata beliau, memiliki rizab sebanyak AS$9 bilion dalam bentuk wang tunai dan aset yang membolehkan syarikat itu membiayai kos pembinaan menara berkenaan.

Apabila siap kelak, Menara Pertamina akan dijadikan sebagai ibu pejabat baru syarikat tersebut selain bakal menempatkan anak-anak syarikat.

Pembangunan menara itu juga kata Karen, akan bermula pada hujung tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018, sementara majlis pecah tanah akan diadakan pada bila-bila masa bulan ini.

Keperluan memiliki menara itu juga bakal membuka ruang kepada Pertamina untuk meluaskan lagi skop perniagaannya dengan meningkatkan kakitangan seramai 14,000 orang pada masa ini kepada 25,000 pada tahun 2025.

Pada masa ini, menara paling tinggi yang ada di Jakarta ialah Menara BNI yang dibina pada ketinggian 262 meter pada tahun 1996.

Read More

Syiah agama baharu ciptaan Yahudi

Bismillahhirohmannirohim


Assalamualaikum
Selamat pagi semua blogger yang sudi menjengah blog hyriel ni. Berkenaan dengan tajuk hari ni, Hyriel ada terbaca dalam utusan Malaysia dimana Syiah merupakan agama baru yang dicipta oleh orang Yahudi. Nilah salahsatu tandanya kiamat. Fahaman Syiah disifatkan sebagai agama sesat baharu yang diasaskan Yahudi untuk merosak dan menghapuskan umat Islam.

Ketua Unit Kajian Syiah, Ikatan Muslimin Malaysia (IMM), Mohamad Ismail berkata, perkara itu dapat dilihat berdasarkan doktrin Syiah yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pegangan Islam sebenar.Menurut beliau, perbezaan paling ketara iaitu pengikut Syiah meletakkan sebanyak imam 12 sebagai maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil serta besar.

Malah, pengikut ajaran Syiah juga percaya sesiapa yang mengingkari salah seorang daripada imam tersebut adalah kafir dan akan kekal dalam neraka."Nikah mutaah pula mendapat kedudukan tinggi dan mulia dalam ajaran Syiah sedangkan perbuatan itu adalah pelacuran yang menggunakan nama agama serta bersifat nafsu semata-mata yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Sejarah, Konsep dan Doktrin Syiah dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad memberitahu, ajaran Syiah meletakkan kepercayaan al-Quran hari ini merupakan naskah yang sudah diubah suai para sahabat Nabi Muhammad SAW dan mendakwa kitab sebenar akan muncul bersama Imam Mahdi pada akhir zaman. Dalam pada itu, beliau menjelaskan, amat sukar mengenal pasti pengikut-pengikut Syiah memandangkan mereka mengamalkan 'taqiyah' iaitu menyembunyikan akidah dengan berselindung dan bermuka-muka.

Jelasnya, taqiyah merupakan asas agama atau rukun dalam ajaran Syiah yang mana pengikut Syiah yang tidak bertaqiyah dianggap sama seperti meninggalkan solat.

Disini serba sedikit yang hyriel dah google bagaimana ajaran syiah ni dapat di sebarkan :

1. Menghantar para pelajar dari negara Syiah Ke Universiti awan dan swasta di Malaysia
2. Menyiarkan artikal yang berunsur Syiah di akhbar utama dan majalah
3. Menyebarkan risalah dan buku propaganda Syiah di tampat awam
4. Meyertai ekspo terutama anjuran pertuuhan islam
5. Meresapi dalam jemaah-jemaah islam
6. Menganjurkan kelas takhfiz danterlibat dalam sisitem pendidikan bermula dari prasekolah
7. Berkahwin dengan pemuda pemudi sunnah
8. Bergerak aktif di alam siber dan menyebarkan dakwah syiah serta berdebat di forum sunnah

Itu la serba sedikit yang dapat hyriel kongsikan kepada blogger semua. Setiap sesuatu pasti ada khidmahnya. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan berdoa. Walaubagaimanapun segala Allah s.w.t yang menentukan.


Read More

UPSI Dihati

Bismillahhirahmannirrohim
Assalamualaikum
Selamat malam semua,. Tiba-tiba terdetik pula hati ni nak buat entry ni. First of all, terima kasih kepada semua new friendlist Hyriel yang baru saja add Hyriel kat Facebook. Kalau korang semua tak ada siapa lah Hyriel ni. Ok, straight to the point, setelah hyriel dicampak ke UPSI ni, macam-macam yang hyriel dah belajar, dari segi meningkatkan keyakinan diri sehingga lah cara-cara untuk bercampur dengan kawan-kawan baru. Thanks alot to RSK Bitara UPSI dan MMKZ UPSI yang telah membantu Hyriel dalam mengenali diri sendiri dan mengajar hyriel untuk pandai menghargai setiap apa yang ada disekeliling kita.
Selain itu, hyriel dah dapat jadual kuliah dah. 


taraaaaa... macam ok kan,, tapi ada masalah sikit bahagian yang hyriel dah border tu. pertukaran subjek yang singkat dan tempat kuliah yang berbeza serta jauh. Sonic pun belum tentu mampu sampai tempat dalam masa yang sesingkat tu. So, ada senior yang pergi tukar group or tukar terus masa kuliah tu. Baiklah, now hyriel nak la promote sikit UPSI ni kat blogger semua, UPSI ni satu-satunya Universiti awam yang berfokus. Bermaksud, UPSI ni hanya pendidikan dan melahirkan pendidik sahaja. Tapi, kementerian dah keluarkan statement yang menyebabkan hyriel sentap la jugak. KPM dah tukar semua kos yang diambil di UPSI telah ditukarkan kepada open market. Korang tahu tak apa maksud open market? Natang tu maksud nya, sesiapa yang graduated dari UPSI belum tentu posting lagi. Tahu tak posting ape?? maksud nya belum terjamin student tu akan menjadi cikgu bila dah graduate nanti. Apa-apa pun hyriel hanya mampu berusaha yang terdaya dan kemudian tuhan lah yang tentukan masa depan hyriel dan kawan-kawan yang lain.
Baiklah.. kita lupakan lah benda alah tu.. Yang penting belajar dulu. Dimana-mana pun ada rezeki. Sekarang hyriel nak tnjukkan korang semua kawasan-kawasan penting yang ada di UPSI
Dalam Dewan Besar

Kampus Baru




Depan Dewan Besar




Masjid

Haaaa... tulah serba sedikit tentang UPSI.. Krang yang masih belajar di peringkat menengah,, belajarlah bersungguh-sungguh dan apply lah UPSI dan masuk Kolej Za'ba ok.. hahaha (promote) Sekarang yang penting Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Di Hati.


Read More
 photo banner2_zps6f99856f.jpg

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena