: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Perubahan status hidup yang menarik



Assalamualaikum
Salam satu Malaysia.. Hye semuaa blogger yang diluar sana.. Dulu hyriel merupakan seorang pelajar yang perlu patuh kepada undang-II sekolah..tapi kini hyriel berjaya melepasinyadengan jayanya.. Selepas tamat saja menduduki peperiksaan tempoh hari.. hyriel terus mendapatkan kerja sambilan.. tak jaoh pun hanya di sebuah pekan yang kecil.. hyrieel mula berkhidmat sebagai bar tender di sebuah cafe yang bernama coffee corner.. Not bad la.. sebab hyriel pernah berkhidmat dengan cafe ni dulu,,tapi cawangan yang berlainan..

Pada mula nya hyriel rasa tertekan sebab di tocer dengan senior la kononnya.. padahal hyriel dulu kerja di cafe tersebut... mungkin kerana staff yang lain cemburu kerana pada hari pertama hyriel bekerja,, hyriel telah berkhidmat sebagai bar tender di sana.. Situasi nya tak sma dengan suasana dulu.. kebanyakan staff disana hanya dari kaum cina.. sehingga hyriel jadi tertekan dengan karena mereka yang suka mengata kami yang bebangsa melayu dalam bahasa cina... hmm mentang-II kami tak faham.. 

Nampak tak sekejap saja hyriel telah berubah status hidup dari seorang pelajar kepada seorang pekerja yang setia,,cewwahh.. Bukan nak bangga diri,, tapi rasa nya kerja hyriel lebih perfect dari leader cafe tu,, mungkin sebab tu lahdia madang tak puas hati dengan kerja hyriel... Sebenarnya hyriel tak kisah langsung dengan sikap diorang.. yang penting hyriel dah jumpa kenalan baru,, iaitu kakshu, aiman , shafiq , jc , panjang dan Agus... cuma pada mula nya hyriel kurang selesa sikap jc yang turut serta staff cina lain mengata kitorang yang melayu nie... tapi lama kelamaan dia ok,,,cuma suka dengki hyriel jup... 

Untung la die dengan gaji yang besar tambahan bf dia yang kaya... hari kelmarin dia ada tnya hyriel berapa harga samsung galaxy sIII.. tup3x!!! semalam bf dyer dah hadiahkan dia sempena hari natal..UNTUNG LER!!!  Dia menangis kot..yela sape yang tak happy kan dapat handphone yang canggih camtu... sape dikalangan korang yang nak bagi hyriel handphone canggih?? hahaha tak pa lah..hyriel boleh beli sendiri..hehehe  btw hari ni hyriel cuti... dan nak rehat dan balas dendam waktu fb dgn blogging nie.... Selamat Hari Natal... 
Read More

Apa Kaitan Gangnam Style Dengan Ramalan Kiamat Nostradamus


Assalamualaikum

Apakah hubungan antara ramalan kiamat akan berlaku esok dengan fenomena Gangnam Style milik penyanyi Korea Selatan, Psy?
Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka klip video Gangnam Style mencecah satu bilion penonton, maka kiamat akan berlaku.

Siapa sebenarnya Nostradamus? Dia ialah penyair, peramal astrologi yang lahir di Perancis pada 1503. Namanya sangat terkenal selepas beberapa ramalannya menjadi kenyataan.

Beberapa ramalannya yang terkenal dan terbukti tepat ialah Revoulsi Perancis, Kebakaran di London, kematian Puteri Diana, kematian John F Kennedy dan tragedi pengeboman di Nagasaki, malah tragedi serangan 11 September di New York.

Berdasarkan turutan rekod itulah, dunia mulai cemas dengan ramalan dunia akan berakhir atau kiamat yang dijangka berlaku ketika penonton Gangnam Style di YouTube mencecah angka satu bilion. Mengapa Gangnam Style dan mengapa angka satu bilion? Berikut ialah ramalan Nostradamus mengenai akhir zaman.


“From the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of circles will be nine,” Nostradamus, 1503.

“From The Calm Morning dirujuk oleh peramal sebagai negara Korea Selatan sebagaimana negara itu mendapat jolokan Calm Morning dalam bahasa Inggeris.

Dancing Horse? Jelas sekali yang dimaksudkannya ialah Gangnam Style yang sememangnya berasal dari Korea Selatan. Bagaimana dengan maksud “Circle Will Be Nine?” Ungkapan ini masih diperdebatkan. Beberapa peramal berkata maksudnya ialah angka kosong iaitu jumlah penonton YouTube yang mengakses klip video Gangnam Style. Ia bermakna angka satu bilion yang memiliki sembilan kosong (bulatan) sama dengan ungkapan Nostradamus. Dalam erti kata lain apabila diterjemahkan kesimpulannya dalam bahasa Melayu, ramalan Nostradamus bermaksud: “Dari Korea Selatan, kiamat akan berlaku ketika tarian kuda menunjukkan bulatan hingga sembilan.” Jadi, apakah ramalan Nostradamus bakal terbukti? Apa pun, ketika ini klip video Gangnam Style sudah ditonton sebanyak 971,518,818 dan kelihatan terus bertambah.
Read More

SEMAKAN KEPUTUSAN PMR 2012

Assalamualaikum
PMR 2012 | Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang telah bertungkus lumus membuat persediaan untuk peperiksaan PMR yang lepas, dan kini bersedia untuk melihat hasil usaha adik-adik sekalian
Menurut Berita Harian, dilaporkan seramai 30 ribu calon mendapat semua gred A dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah,PMR. Namun jika dilihat pada peratusan gred A dalam semua mata pelajaran bagi PMR 2012, didapati menurun sebanyak 0.85% iaitu seramai 3,797 calon menjadi 30,474 orang pada tahun tersebut, berbanding tahun 2011 seramai 34,271 calon gred A.
So untuk itu, bagi memudahkan adik-adik, abang kakak, ibu ayah untuk melihat keputusan peperiksaan anak-anak anda, boleh ikuti cara dibawah ini.

Semakan online PMR :
Pergi ke laman web sapsnkra.moe.gov.my.
Klik pada semakkan ibu bapa.
Masukkan no kad pengenalan calon PMR.
Pilih jenis sekolah rendah/menengah
Tekan semakkan laporan   

Semakan secara SMS :
Taip PMR < angka giliran > ke 15888

contoh :
PMR 970527105755 AZ005Z055 ke 15888
 Boleh disemak bermula jam 10 pagi, 19 Disember 2012 sehingga 11.59 malam, 25 Disember 2012

Kalau rasa korang bukan Budak PMR.. Hyriel suggest kan korang KLIKSINI atau SINI dan SINI
Read More

Drama Dendam Sarakit Episode 01-13



Sinopsis Drama Dendam Sarakit
“Dendam Sarakit” mengisahkan cinta seorang isteri yang tidak kesampaian akibat dirogol dan dibunuh ketika suaminya, Rafiq pulang ke Kuala Lumpur melawat ibunya, Puan Mariam selepas beberapa bulan mereka berkahwin. Rafiq (Zain Hamid) ditugaskan oleh majikannya di sempadan Malaysia / Thailand. Dia telah bertemu dengan Sarakit (Fouziah Gous), seorang gadis berketurunan Siam. Walaupun hubungan cinta Rafiq dan Sarakit tidak direstui oleh ibu Rafiq, Puan Mariam (Datin Noniswara), mereka telah berkahwin dan berjanji untuk sehidup semati walaupun apa halangan yang datang.
Rafiq yang bimbang dengan keadaan isterinya yang sedang berbadan dua telah bergegas pulang. Puan Mariam kecewa dengan sikap anaknya yang ingkar dengan kehendaknya supaya meninggalkan Sarakit. Puan Mariam sanggup menggunakan khidmat bomoh dan berpakat dengan Dina (Sharifah Sakinah) untuk memisahkan Rafiq dan Sarakit. Dalam diam-diam, Dina telah mengikut Rafiq pulang.
Rafiq pulang ke pangkuan Sarakit tanpa menduga tragedi yang sudah menimpa ke atas Sarakit. Mereka menjalani hidup seperti biasa. Penduduk kampung digemparkan oleh beberapa kejadian aneh. Mereka sering terserempak dengan hantu tenggek. Pada waktu yang sama, perogol Sarakit didapati mati seorang demi seorang dalam keadaan yang mengerikan. Ramdi (Adam Shah) yang turut berada di tempat kejadian semasa Sarakit dirogol pada malam peninggalan Rafiq telah meninggalkan kampung kerana takut dengan hantu Sarakit.
Sementara itu, Puan Mariam juga diganggu oleh lembaga yang menyerupai wajah Sarakit. Dengan bantuan Ustaz Hambali (Dato’ Zamshuri Ramli), Puan Mariam berjaya dipulihkan malah Ustaz Hambali juga mendapat alamat bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku pada Rafiq. Justeru, Ustaz Hambali telah pergi ke tempat tinggal Rafiq dan Sarakit.
Sejak kedatangan Ustaz Hambali, Sarakit sering kelihatan resah. Dia merayu kepada Rafiq agar Rafiq jangan berubah hati walaupun apa yang akan berlaku. Sarakit juga meminta agar Rafiq menjaga anak mereka dengan baik. Ustaz Hambali mendedahkan perkara sebenar kepada Rafiq bahawa Sarakit telah mati. Qarin Sarakit telah dipuja dan menguasai badan Dina untuk bersama Rafiq. Namun, demi cintanya kepada Sarakit, Rafiq berjanji akan terus tinggal bersama Sarakit sambil menunggu kelahiran anak mereka.
Ramdi muncul semula di kampung. Apakah Ramdi akan menceritakan kejadian rogol yang dilakukan oleh Jali, Keol, Gato dan Tat? Apakah pula kaitan Pak Bado dengan kematian Sarakit? Berjayakah Ustaz Hambali memisahkan Rafiq dan Sarakit serta memulihkan semangat Rafiq? Apakah yang akan terjadi kepada Dina?
Tonton Online
DRAMA DENDAM SARAKIT EPISOD 01 - klik sini
DRAMA DENDAM SARAKIT EPISOD 02 - klik sini
DRAMA DENDAM SARAKIT EPISOD 03 - klik sini
DRAMA DENDAM SARAKIT EPISOD 04 - klik sini
DRAMA DENDAM SARAKIT EPISOD 05 - klik sini
DRAMA DENDAM SARAKIT EPISOD 06 - klik sini
DRAMA DENDAM SARAKIT EPISOD 07 - klik sini
DRAMA DENDAM SARAKIT EPISOD 08 - klik sini
DRAMA DENDAM SARAKIT EPISOD 09 - klik sini
DRAMA DENDAM SARAKIT EPISOD 10 - klik sini
DRAMA DENDAM SARAKIT EPISOD 11
DRAMA DENDAM SARAKIT EPISOD 12
DRAMA DENDAM SARAKIT EPISOD 13
Read More

Filem Pontianak VS Orang Minyak Full Movie




Sinopsis Pontianak VS Orang Minyak

Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita.

Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau. Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka.

Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.

Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur.

Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.

Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.

Apa akan jadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan jadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati?

Filem Pontianak VS Orang Minyak :
Pengarah : Afdlin Shauki
Penulis Skrip : Afdlin Shauki

Pelakon Pontianak VS Orang Minyak:
Nabil,Johan Raja Lawak,Sharifah Shahirah ,Sharifah Amani,Afdlin Shauki ,Harun Salim Bachik ,Black Kopi O (Raja Lawak) ,Lana Nordin ,Khir Rahman ,Adibah Noor ,Isma Hanum ,Nur Atirah Rahani ,Fizz Fairuz,Tepet Raja Lawak

Fara Fauzana,Noh Hujan,Dr. Azizan,Vanidah Imran,Dira Abu Zahar,Ozlyn Watie,Mak Jah

JOM TONTON : KLIKSINI


Read More

Filem Istanbul Aku Datang Full Movie

Jom terjah filem romantik nie... pasti korang semua suke teramat kan filem romantik camni?? lets go..






Sinopsis filem Istanbul Aku Datang

Istanbul Aku Datang mengisahkan pelajar kolej, Lisa yang mahu membuktikan dia mampu menjadi isteri baik kepada tunangnya. Ia termasuk sanggup terbang ke Istanbul untuk bertemu tunangnya yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di sana.

Dalam pengembaraannya di Istanbul, Lisa dapati bukan mudah mencari cinta sejati hinggalah dia bertemu dan jatuh hati dengan seorang artis yang menetap di sana.


Istanbul aku datang merupakan filem yang diarahkan oleh Bernard Chauly yang dibintangi oleh pelakon utama seperti Lisa Surihani,Beto Kusyairy,Tomok,Aizat dan ramai lagi.Pembikinan filem ini 100% di Istanbul,Turki.Filem ini juga dijangka menemui penonton pada tahun 2012 yang berkonsep romantik komedi.

JOM TONTON : KLIKSINI


Read More

SINAR CAHAYA AYAT KURSI



Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

“Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu”

Subhanallah…
Read More

Berapa Ek Harga Blog Korang??


kowang tahu tak...blog yang kowg sayang, bukak hari-hari nie
sebenarnya mempunyai harga macam benda-benda yang lain
tapi kowang tahu ke??
harga blog kowag nie brapa??

ala watpe ceta panjang2 kat kowag mcm la kowg nie rajin sangat baca blog. Hyriel
pendekkan ceta kowag klik jew laa SINI
hah xsusah pn 3saat kowg dah tahu ( lau line laju laa )..nie kalau ikaa
ceta panjang pun mcam la kowag nk dengar kan
abis air liur hyriel nie hahh pengotor tol la....

selamat mencuba...
Read More

Doa Untuk Kekasih



Ya Allah ya Tuhanku..
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi….

Ya Allah ya Tuhanku….
Seandainya telah Kau takdirkan dia
Bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
dan peliharalah diriku dari kekecewaan….

Ya Allah ya Tuhanku….
berikanlah diriku kekuatan
melontarkan bayangannya ke dada langit
agar ku rasa bahagia
walaupun tanpa dirinya
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
meskipun tak sama dengan dirinya
seandainya dia datang menemuiku
cinta itu adalah cinta sejati dan satu
seandainya dia tidak datang menemuiku
anggaplah cinta itu tak wujud dari awal lagi…..

Ya Allah ya Tuhanku….
pasrahkanlah apa yang Engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku
kerana Engkau maha Mengetahui
bahagia yang terbaik untuk hambaMu ini….

Ya Allah cukupkanlah Engkau sahaja yang
menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarkanlah rintihan dari hambaMu
yang daif ini
jangan Engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun akhirat
menjuruskan ke arah kemaksiatan
dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku seorang pasangan
yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku
keturunan yang soleh
Read More

Doa hyriel untuk pasukan kebangsaan


Assalamualaikum
Hallo semua.. korang sebagai penduduk malaysia bangga tak dengan pencapaian skuad Malaysia? setelah menjadi campion Piala AFF Suzuki Cup tahun lepas.. hendak menjadi juara sebenarnya lagi senang berbanding mempertahakan kejuaraan. setelah puas berpenat lelah kuad malaysia mempertahankan kejuaraan. . Sekarang Malaysia terpaksa tempoh berlawan dengan skuad daripada Thailand.. Perlawanan yang pertama masing-II berjaya memboloskan satu jaringan.. Sekarang tiba masanya perlawana yang kedua di Thailand.. MAmpukah harimau meombang kan gajah putih di tempat lawan..
Yang hyriel dapat taw skuad Malaysia mendapat pelbagai cubaan.. Antaranya Pasukan kebangsaan terpaksa berlatih di padang Awan yang sangat daif.. dengan lopak air yang berada di merata tempat membuatkan latihan berjalan dengan tidak lancar.. Tetapi, hyriel lihat mereka masih bersemangat.. Yang lebih menyakitkan hati,, pihak dari Thailand tidak membenarkan pasukan Malaysia mencuba padang yang bakal mereka guna untuk berlawan pada malam ini.. Walaubagaimanapun hyriel lihat mereka tidak patah semangat, dan mengaggap itu semua cubaan dari tuhan.. bukankah manusia yang sentiasa mendapat ujian dari tuhan adalah manusia yang dekat degan tuhan. :) Ingat pasukan Malaysia kami sebagai rakyat Malaysia sentiasa menyokong kalian dari belakang,, tumpaskan pasukan Gajah Putih seperti harimau malaya menumpaskan pasukan Garuda Indonesia.. 
Doa dari hyriel : 
Ya Allah,, engkau berkatilah perjuangan pasukan Malaysia untuk menundukkan pasukan dari Thailand. Engkau berikanlah semangat kepada mereka dan pastikkan Malaysia memenangai perlawannya malam ini.. Amin
Hyriel sebagai penyokong Pasukan Harimau Malaya sentiasa menyokong kalian walaupun pasukan Malaysia kalah :) Ingat malam ni ,, pastikan Harimau mampu menumbangkan Gajah Putih dan membanggakan rakyat Malaysia

Read More

Cita-Cita dan Plan B dalam hidup

Assalamualaikum


            Hallo dan selamat malam.. seperti biase saat-II macam ni mmg duti harian hyriel jadi night assistant di pusat jalur lebar Felda Tenang... kije hyriel kalau tak lain tak bukan ngadap FB,, Twitter, dan ni hah satu lagi blog.. kadang-II rase bosan pun ada jugak hyriel ngadap semua nie,, tapi kalau dok cangok lagi bosan.. sooo... hyriel takde pilihan lain selain ngadap semua ni dario pukul 8.30 to 11.30... 
         Straight to the point .. Kita haruslah pantai bercatur dalam hidup kita. maksud hyriel selain kita mengejar cita-II untuk menentukan masa depan,, kita juga kenelah membuat plan B untuk mengelakkan kita menjadi penganggur terhormat kelak... Biasalah kan,, zaman akan datang makin bnyak cabaran hidup yang akan kita tempuhi.. malang tu tidak berbau kan,, so kita sebagai orang yang profesional kenalah pasti kan plan B kita dapat membantu kita bila kegawatan ekonomi kelak.... hyriel bukan nak "masuk mesin basuh putar sendiri" . tapi hyriel juga ada Plan B yang rasa nye boleh membantu hyriel bila berlakunya kegawatan ekonomi kelak... sekarang nie hyriel tengah exam STPM untuk dapatkn STPM lah... tu kire cita-II hyriel yang utama... Plan B pula.. selepas hyriel abez exam STPM hyriel akan masuk kolej yayasan FELDA untuk belajar jurusan kemahiran.. 
           Rasa-II nya betul tak kalau hyriel kata,, macam mana pun gawat ekonomi negara kita pakaian dan makanan tidak akan dilupakan... betul tak?? so hyriel suggest kan kat blogger di luar sane ambil lah kemahiran dalam bidang jahitan dan kulinari.. jurusan ini akan membantu kita bila kegawatan ekonomi berlaku nanti.. Seperti hyriel ( bukan nk bajet ) . . . hyriel akan ambil kemahiran bahagian jahitan  di koles yayasan felda sementara menunggu result exam keluar,, dengan cara ini hyriel dapat menimba ilmu serba sedikit dan dapat menjimat kan kos keperluan akan datang serta yang paling baik dapat menjana pendapatan kelak... bukan kah itu menguntung kan kita... Kepada blogger mahupun pembaca di luar sana berfikirlah secara bijak dan gunakan lah kesempatan yang ada dengan sebaik mungkin agar korang semua tak menyesal nanti... Ok lah,, hyriel rase dah panjang lebar dah hyriel membebel nie,,, hyriel harap suggestion hyriel berguna untuk korang semua.. :))

Read More

Kenapa Hyriel Fobia dengan Tabuan ? ?

Assalamualaikum
hallo semua.. hye dah lama hyriel tak update my own entry dalam blog ni. Bukan apa, cuma hyriel rasa sebuk sikit dengan exam yang tak reti-II nak abiz kan.. Berbalik pada tajuk.. hari ni hyriel nak cerita atau kasi tau sama korang kenapa hyriel fobia dengan tabuan.. korang mesti tau kan apa tu tabuan? 


Haaa.. ni la tabuan punya sarang...
         Uke.. dulu masa hyriel berumur 5 tahun, my mother adalah salah seorang baby sitter kat kampung hyriel. Ramai lah yang hantar anak mereka.. kalau dikira 6 orang yang Emak hyriel jaga,,, tiga beradik lelaki dan dua perempuan dengan abangnya seorang, pada masa tu belakang rumah hyriel ada sebuah sarang tabuan yang sangat besar,,, macam kat atas ni lah,,, tapi rasanya lagi besar kot... orang kata malang tu tak berbau kan... pada masa tu mak hyriel pergi mesyuarat kampung di balai raya.. so anak-II jagaan tu akak lah yang tolong jaga,,, akak dengan kawan-II dia lepak di halaman depan rumah... oppppss lupe nak kenal kan anak-II jagaan tu... yang paling tua namanya apiz, ada yang hyriel panggil adik, uda, didi, bella dan farid kot..lupa lah,,hehehehe,, yang paling nakal apiz, adik dan uda... didi masih kecil lagi,,, masih merangkak,, so dia sentiasa ada bersama kakak,,, lepas duti harian,, kitorang mandi pagi-II ,,, lepas mandi baru akak lepaskan main,,, yang tiga beradik paling nakal tu dah main di belakang,,, tinggal hyriel dengan bella saja di depan...
              Sebelum hyriel ikut tiga beadik tu,, hyriel sempat pesan dengan bella..." bella duduk depan diam-II, bella perempuan tak boleh main dengan laki-II" lepas tu bella hanya ia kan saja..hyriel pon berlari kebelakang... bila sampai je hyriel di belakang,, hyriel tengok tiga beradik tu sedang balik sarang tabuan yang besar tu,,, yelah kan,, budak-II biar disuruh dari di tegah,,, hyriel pon join sekali balik sarang tabuan tu.. masa hyriel baling dengan batu.. tepat kena pada sarang tu... tapi tiada respone pon dari tabuan tu,, tiba-II budak yang hyriel panggil adik tu baling dengan sabut basah dan tepat kena sarang tu,,, tabuan pun keluar serang kitorang... baru hyriel nak lari.... hyriel nampak bella pun kena serang dengan tabuan tu,,, hyriel cuba tarik dia,,, yela kan,,, kudrat perempuan,,,, dia terjatuh,, hyriel tak tahan kena sengat tabuan yang bisa giler... hyriel pon lari kan diri.... hyriel bitau akk dan akak panggil emak... akak memberani kan diri lawan tabuan untuk selamat kan bella... seluruh badan bella dikerumuni dengan tabuan... akak pun turut kena tabuan tersebut,,, kami terus panggil teksi untuk dibawa ke hospital,,, pada awal nya bella uke saja,, sempat dia pesan dekat mak..." mak jangan nangis,, bella uke-II jep.." tapi kudrat badannya yang lemah,, tuhan lebih menyayangi nya,,, dia telah meninggal dunia... tapi keluarga bella anggap itu takdir tuhan,,, dia tak marah pun pada mak,,, tidak ambil apa-II tindakan pun,,, sejak dari itu hyriel cukup fobia dengan tabuan.... sejak itu mak takda lagi jaga anak orang,, mak takut tragedi yang sama berlaku lagi...
Alfatihah untuk arwah Bella..

Read More

Filem 29 Februari Full Movie

Sinopsis 29 Februari
Filem 29 Februari ini mengisahkan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat, 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia empat tahun sekali. Fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap kecacatan dialaminya sebagai sumpahan. Ia sebenarnya anugerah buat Budi yang melalui era transformasi Tanah Melayu kepada Malaya dan seterusnya Malaysia.
Kisah percintaan Budi dan Lily (Jojo Goh) melalui pelbagai cabaran serta dihalangi keluarga kerana perbezaan bangsa dan agama.
Filem 29 Februari terbitan KRU Studios menampilkan lakonan hebat Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz, Namron, Wan Hanafi Su dan Dian P Ramlee.
JOM TONTON : KLIKSINI
Read More
 photo banner2_zps6f99856f.jpg

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena