: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Filem Left Wings Full Movie



SINOPSIS FILEM LEFTWING 
Leftwings merupakan sebuah filem muzikal yang mengisahkan kehidupan empat anak muda (Ray, Dino, Rizal, Shah) yang telah menubuhkan sebuah band rock indie dengan menjadikan band rock WINGS sebagai idola mereka. Mereka bercita-cita ingin memperjuangkan jalur muzik Rock dan juga cuba mencipta nama di dalam industri mainstream.

Mereka juga memasang impian ingin menjadi pelapis kepada band pujaan mereka, WINGS dengan menamakan band mereka sebagai LEFTWINGS, iaitu band 'sayap kiri' kepada WINGS. Di samping itu, mereka juga menghadapi rintangan di dalam kehidupan peribadi mereka, konflik dalaman serta masalah cinta yang akan mempengaruhi hala tuju band mereka.

Dapatkah keempat-empat anak muda ini mengekalkan perjuangan band mereka disebalik konflik yang dihadapi oleh mereka?

JOM TONTON : KLIKSINI


Read More

S . A . M




Mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka. Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal.

Dalam masa yang sama, seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada Lisa. Satu pergaduhan berlaku antara Sam dan Haikal yang mengakibatkan Haikal dipecat oleh majikannya. Haikal bengang lalu berjanji akan membalas dendam terhadap Sam. Selepas kejadian itu, Sam diganggu oleh kelibat lelaki misteri yang selalu mengganggu dirinya.

Sehingga ke satu tahap, Sam dan Lisa diculik oleh lelaki misteri tersebut. Jefri iaitu rakan sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya.
Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan keluar. Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali…siapakah penculik itu??? Segala-galanya bakal terjawab dalam“SAM” sebuah filem cinta bercorak thriller dari pengarah muda Syafiq Yusof.

JOM TONTON : KLIKSINI


Read More

Filem Mantera Full Movie


Sinopsis Filem Mantera

Filem Mantera mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera iaitu singkatan ‘Man Transformable Exo-Robotic Armor yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik. Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera. Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman.

Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan ‘superhuman’ kepada pemakainya. Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah. Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.

JOM TONTON : KLIKSINI


Read More

Filem Momok Jangan Cari Pasal



Sinopsis Filem Momok Jangan Cari Pasal

Filem Momok Jangan Cari Pasal menyingkap tentang perjalanan filem terbaru arahan M.Jamil. Sepanjang penggambaran filem ini, banyak kejadian-kejadian seram yang benar-benar berlaku. Semenjak hari pertama penggambaran, krew dan tenaga kerja, termasuk pelakon semuanya diganggu oleh "Momok" dan kejadian-kejadian yang aneh dan misteri.

Bermula dengan babak Rasuk di mana pelakon Sheril Aida dan Wan Raja telah benar-benar dirasuk. Penggambaran tergendala. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya yang melibatkan babak Pontianak dan Pocong di mana gangguan di babak Pontianak dan Pocong mengakibat beberapa pelakon dan krew produksi jatuh sakit. Pelbagai kejadian seram dan lucu yang telah berlaku yang turut membuat penggambaran tergendala.

Ajaq dan Kamarul, dua orang pelakon mula menimbulkan kerenah mengganggu pengarah dan krew kerana terpaksa menunggu lama di lokasi. Maka terjadilah pula cinta lokasi di antara Ajaq dan Liza, si mekap artis. Kehampaan dan gangguan di lokasi juga telah menyebabkan beberapa pelakon dan krew produksi turut diserang histeria.

Akhirnya sebagai pengarah, M.Jamil mengambil keputusan untuk ‘berhenti seketika’ dari membuat penggambaran bagi membolehkan beliau membuat majlis doa selamat dan tolak bala. Tok Wan yang dipanggil untuk melancarkan penggambaran filem ini tanpa gangguan juga tidak dapat membantu sepenuhnya.

Ke mana hilangnya Ajaq, pelakon baru yang terlalu minat untuk berlakon namun akhirnya lari ketika di set penggambaran? Adakah Sheril Aida terlalu mendalami wataknya sehingga dirasuk? Apakah kemunculan kucing hitam di lokasi penggambaran sebagai jelmaan ‘MOMOK’ untuk memberitahu sesuatu? Dapatkah filem ini disiapkan dan adakah M.Jamil akan meneruskan penggambaran filemnya ini walaupun semua krewnya diganggu? Semuanya bakal terjawab dalam filem Momok Jangan Cari Pasal.

JOM TONTON : KLIKSINI


Read More
 photo banner2_zps6f99856f.jpg

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena