: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Rindunya dekat Arwah Abah

Assalamualaikum

Abah...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
hari nie 14 okt 2012 hampir 2 tahun Abah pergi...
rasanya baru semalam Abah peluk orangg kan syahdu masih terasa lagi nie...
Abah tahu tak...
itulah pertama kali Abah peluk anak Abah yang nakal nie sejak orangg dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya...
Emmmmm...rupanya Abah dah tau Abah nk pergi jauh...
nk tinggal kan anakanak Abah...nak tinggal kan dunia fana nie...
Abah macam dah sedia...
3hari sebelum tu dada Abah dah sakit..
sepatutnya Abah kena pergi hospital...
tapi Abah tak nak walaupun Emak dah paksa..
tapi dari hari ke hari Abah tak pergi hospital jugak...
Abah cakap " takpayah lhaa"  Abah masih berdegil..
Masa tu Abah perasan tak ?
Semasa Abah hantar orang pergi ke PLKN
kali pertama Abah tawar kan pada Orang untuk membeli snak untuk dibawa ke PLKN
tapi orang tolak je mase tuwh
Abah cuma gelak jea...
Emmmmmmm...bahagiaa nya saat itu...
Orangg masih ingat lagi...
Bila orangg eksiden balik dari kebun...
Punya lhaa orangg takut...
Orangg warning adik jangan bgtau kat Abah...
Orangg cepatcepat selubung kan moto dengan kain...
abah perasan juga , Abah tanya kenapa ?
Selamba jea orangg jawab , hari dah nk hujan...
Abah...
Tujuan orangg menipu tu supaya Abah tak risau...
Maafkan orangg kerana sampai Abah pergi Abah tak tau hal sebenar...
Abah , orangg menipu abah kann...
Ampun kan orangg dari hujung rambut sampai hujung kaki...
Orangg banyak buat salah dengan abah...
Abah... Hari tu hari selasa 10 November 2011...
Pagi tu orangg tengah jalan kan aktiviti fizikal kat PLKn...
Ketua Kem bagitau orangg cakap aabah dah takda...
Hmmmm , terkelu , terbisu , terkaku ,terpaku .
Abah tahu tak ?
Orangg berlari dalam keadaan separuh sedar...
Hanya diam melayan perasaan...
Kenangan bersama Abah berputar dalam kepala nie...
Jalan depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apaapa terjadi di jalan tu orangg relaa...
Kosongg...sekosong hati nie...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh tu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...Dinginnnn...
Namun alhamdulillah akhirnya orangg sampai jugaa...
Abah mesti nampak orangg jatuh terduduk di lantai rumah atas...
Mesti Abah nampak kakak baca yassin untuk Abah..
Mesti abah nampak mak cium dahi abah...
Mesti abah nampak adik menagis kat sudut tu...
Mesti abah nampak semua tu kann... kann... kann...
Abah...
Orangg masih ingat lagi...
Orangg baca yassin kat tepi teman kan abah...
Jam 10.00 pagi abah di mandi kan...
Mesti abah rasa betapa lembut nya orangg mengosok seluruh tubuh abah...
Orangg gosok kaki abah perlahan lahan...
Abah perasan tak ?
Pakcik yang mandikan Abah tu pujuk orangg...
dia kata " adik , jangan nangis . kalau sayangg abah jangan buat begitu.. jangan nangis ya.. "
Bila pakcik tu kata begitu...
Lagi lhaa... laju airmata nie...
Tapi orangg kawal supaya tak menitik atas Abah...
Abah...
Sebelum muka Abah ditutup buat selamanya...
Semua anakanak Abah mengelilingi Abah...
Menatap wajah Abah buat kali terakhir...
Semua orang kata Abah seolah olah senyum jea...
abah rasa tak ?
Masa tu orangg sentuh dahi abah...
Orangg rasa sejukkk sangat dahi abah...
Orangg tk mampu nk cium abah..
Orangg tk terdaya...
Jam 1.45 tengahari abah diusung keluar dari masjid...
Denish pula terkulai dalam pelukan kakak...
Badan Denish terasa panas...
Abah.....
Cucu abah tu demam....
Sampai jea ditanah perkuburan...
Semua orangg dah tunggu...
Abah nampak tak orangg sambut abah dalam liang lahad...
Abah nampak tak orangg bantal kan kepala abah..
Abah mesti nampak semua tu.. kann... kann...
hmmmmmm......
Abah... Harihari ku lalui tanpa kewujudan abah lagi...
Begitu terasa kehilangan abah...
Boleh kata setiap malam selepas magrib , anak abah nie berendam airmata...
Abah tahu ?
Orangg cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tk juga redha...
Orangg rasa nak call abah...
Nak cakap dengan abah...
Orangg rindu sangat dekat abah...
Anak abah yangg nie dah tak betul kann ?
abah tahu ?
Disaat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuknusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada...
Sampai sekarangg bila kerinduan tu menjelma...
Hanya sedekah Al-Fatihah orangg berikan...
Abah , sampai kat sini jelaa coretan orangg..
Akhir kata untuk abah...
ILOVEANDMISSYOUSOMUCH !
Dan jutaan terima kasih sayangg dari kecil sampai ke besar...
Sampai ahkir hayat ini jasa abah tak akan mampu orangg balas..
Read More

Janji Melayu

Assalamualaikum



Selamat malam kepada semua blogger..  Semenjak dua ni hujan sering saja turun. Alhamdulillah sesungguhnya hujan tu salah satu rahmat dari Allah kan?? Ok berbalik kepada tajuk... Hyriel selalu dengar orang-II akan kata "janji melayu selalu tak ditepati" "Melayu mudah lupa" melayu tu melayu ni.. Hallo Hyriel sebagai salah seorang kaum melayu kadang-II tak boleh terima lah bila ramai yang cakap macam tuwh.. Sebenar nya disebabkan segelintir orang yang berbangsa melayu lah yang tak suka menepati janji telah merosakkan kepercayaan terhadap orang melayu. 

Ok bekas Perdana Menteri kita ada cakap " Melayu Mudah Lupa ". kebanyakkan kaum dalam Malaysia ni, cina merupakan kaum yang majoritinya lebih maju dalam bidang ekonomi.. Ada juga orang melayu yang berjaya, tapi tu lah apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir dimana  Melayu Muda Lupa. Bila hidup senang sikit mulalah timbulnya sikap riak, bongkak dan sewaktu dengan nya. Kalau sikap ni masih berterusan,, kaum china dan yang lain akan terus bertahta menjadi kaum yang termaju dalam negara kita ni..

Ok berbalik pada topik janji melayu. Let say, ada sepasang pasangan ni yang hendak menjalankan majlis pernikahannya.. Belah lelaki telah berjanji akan sampai bersama rombongannya pada jam 02:00 ptg. Seandainya belah lelaki lambat sampai pada masa yang telah dijanjikan, mesti ada segelintir yang akan berkata " nie lah janji melayu, cakap tak serupa bikin". Ok, seandainya pihak lelaki datang awal sedikit daripada masa yang telah dijanjikan, eg jam 01:45 ptg. Confrm ada yang cakap " gelojoh betul belah lelaki tu,, awal sgt datang" Haiyoooo.. macam mana ni.. mana satu yang perlu diikut?? 

Hyriel betul-II tak faham dengan pemikiran orang melayu sekarang yang cukup handal menjadi penganalisis dalam isu-II semasa yang berlaku walaupun tiada bukti yang sahih.. Memang la hyriel pun tak cukup perfect nak cakap orang lain macam tu. But, atleast hyriel cepat perasan dengan keadaan ini supaya hyriel boleh cuba mengelak daripada berlaku keatas hyriel. Ingat,, please jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.. jagalah air muka bangsa Melayu dan jangan disebabkan kita Bangsa kita dipandang hina.
Read More

Cinta Bermatlamatkan Syurga

Assalamualaikum
Cinta. Berbicara tentangnya tak semudah berkata-kata. Kerana ini adalah rasa, bukan hanya kata-kata. Tetapi, tidakkah hati juga boleh berkata-kata tanpa suara? Yang hanya boleh didengari dan difahami oleh-Nya. Tak gitu? ^^
Remaja dan perasaan cinta memang sudah sebati pada zaman moden ini. Budaya ber’couple’ juga sudah semakin menjalar di kalangan kita. Maklumlah, bangga ada orang sayang kita, ada orang ambil berat pasal kita, ada orang call selalu, ada orang sms selalu dan macam-macam lagi strategi yang dikatakan angau ber’cinta’ ini.
Lumrahnya, pusat-pusat Bandar yang selalu menjadi tempat untuk meluangkan masa bersama pasangan. Dah biasa dah. Asyik-asyik Jaya Jusco,Tesco, Giant, Centre Point, Kompleks PKNS dan yang sewaktu dengannya. Yang upgrade lagi dekat Mid Valley, Sunway Piramid, Sunway Lagoon.
Cubalah try dekat masjid atau surau untuk dengar tazkirah dan ceramah agama. Boleh ajak keluarga sekali. Dua-dua belah keluarga boleh pergi. Libatkan keluarga lebih-lebih lagi ibu bapa dalam setiap pertemuan agar tidak timbul fitnah dan gangguan syaitan. Barulah ‘gentleman’, tak gitu? =.=
Couple = Cinta?? No!
Sebab apa?? Sebab…
Cinta itu fitrahnya suci bersih tanpa noda dan dosa..
Cinta itu sifatnya mulia dan tinggi..
Cinta itu matlamatnya ingin ke Syurga, bukan ke Neraka..
Pasangan yang ber’couple’ hari ini menganggap ber’cinta’ mereka itu indah sebab :
-          Selalu berbalas sms dan call
-          Selalu ber’dating’ bersama
-          Selalu ke hulu ke hilir bersama
-          Selalu berpegangan tangan ke sana ke sini
-          Selalu mesra berdua bersama
Itu bukanlah sebenarnya cinta wahai sahabatku sayang. Perbuatan-perbuatan itu halal dan dianggap cinta seandai diri sudah selesai diijabkabulkan. Bergelar isteri. Bergelar suami.
Andai belum,itu adalah strategi syaitan untuk memperdayakan langkah kita menuju ke Neraka. Jangan sesekali ikut telunjuk ajaran pesong bisikan syaitan. Kelak, nanti syaitan itu yang akan ketawakan kita sebab masuk Neraka bersama mereka. Mahukah kita seperti itu?? Kata cinta!
Andai cinta, pasti kita ingin berkasih sayang di Syurga-Nya..
Andai sayang, pasti kita mahu berterusan hingga ke Jannah-Nya..
Tak gitu??
Jadi, ukurlah cinta kita. Apakah tingkah kita dalam ber’cinta’ menuju ke arah Neraka atau Syurga?
Benarkah kita cinta?
Atau hanya suka-suka?
Atau hanya hendak membuang masa?
Atau hanya hendak melayan nafsu durjana?
Atau hanya hendak membuktikan ke’laku’an kita?
Atau hanya hendak menayangkan keegoan kita?
Read More

Nilai Kasih Ibu

Assalamualaikum

Kisah ini adalah mengenai Nilai Kasih Ibu.

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Kos upah membantu ibu :

Tolong pergi ke kedai – RM4.00

Tolong jaga adik – RM4.00

Tolong buang sampah – RM1.00

Tolong kemas bilik – RM2.00

Tolong siram bunga – RM3.00

Tolong sapu sampah – RM3.00

Jumlah – RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA

Kos menyediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu – PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata “Saya Sayangkan Ibu”.

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘Telah Dibayar’ pada mukasurat yang ditulisnya.
Read More

Jodoh Manusia Ketentuan Ilahi

Assalamualaikum


Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum
sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk
ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada
org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun
rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau
sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah mendengar. 

Wanita baik untuk lelaki
yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar
lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd
menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman 
kemudian nanti. 

Memang kita mudah ter silap
mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia
kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang
kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. 

Kita selalu melihat org
memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu.
Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita
ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil 
pula org yang memandu kereta
mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih
tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli
dengan harga biasa, dia
terpaksa membayar berlipat ganda. 

Ketika anda terperangkap
dalam kesesakan jalan raya, motosikal 
mencelah-celah hingga mampu
berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku
hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke
tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang
memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka
membahagiakan itu benar2 membahagiakan. 

Bahagianya mungkin ada tapi
deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran
yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga
buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya
semakin tidak terurus. 

Ramai orang menempah neraka
sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah
dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin,
tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila
anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke
neraka? 



Berapa ramaikah yang
menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian
membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa
sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? 

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. 
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. 
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu
kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang
tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan
nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan
pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan
iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan 
insan kepada kesempurnaan
insan, bagi yang mengetahui rahsia2nya. 

Berkahwinlah anda demi Tuhan
dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut
kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang
menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu
mudah sampai dan tidak terhalang. " 



Seorang teman pernah berpesan.. 
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. 

Dia datangkan petir dan kilat.. 
kita menangis dan tertanya-tanya, 
kemana hilangnya sinar.. 
Rupa2nya.. Allah nak
hadiahkan kita pelangi.." " 

`Cinta yang disemadikan
tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk
kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar
haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi
iman terselit didada...

P.S :- Ramai yang ingin
berkahwin, tetapi ramai yang tidak tahu
menghargai sebuah perkahwinan..


Read More

Renungan Kita Bersama

Assalamualaikum

Barangkali kisah ini boleh menjadi renungan bagi kita, terutamanya yang ingin berumah tangga : 


Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Kampong
Pengan,Bota, Perak. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana. Tidaklah
disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit di
kampungnya. 

Karena kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTP walaupun dengan perbelanjaan seadanya. 


Semasa dipenghujung tahun kedua di kampus, Jamil jatuh hati pada
seorang gadis bernama Raja Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti
yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah
Ipoh dan juga masih keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka
jauh berbeza, namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling
mencintai. Jamil juga tidak calang-calang ketampanannya, memang ramai
menggilainya, tetapi Ayu jadi idamannya. 

Ayah Ayu yang
mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda kampung dari keturunan
biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya. Maka, setelah keduanya
lulus, pernikahan keduanya pun diselenggarakan dengan meriah. Pesta
besar-besaran diadakan untuk mengiringi nikahan. Ayah Jamil yang tak
punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian,
langsir, sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas
untuk pernikahan anaknya. 





Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ? Bahagiakah Perkahwinan Mereka Hanya Kerana Cinta ?




Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. 





Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun memasuki
peraduan dengan bahagia. Namun,ketika Jamil membuka pakaiannya dan
tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat,
sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Jamil masih dalam
kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan.
Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. 

Aduh !!! Jamil lupa
yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas
bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang
jelas tulisan, "BERAT BERSIH 25 KG". 

Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.
Read More

Persaingan

Assalamualaikum
                Selamat senja kepada semua pembaca (ader ker?) . bila cerita pasal persaingan setiap manusia mesti bersaing untuk mendapat yang terbaik dalam hidup, tetapi ada juga yang siang secara kejam. ok straight to ade point. Banyak dah yang aku tengok keadaan yang berlaku di sekeliling aku. masing-II bersaing bukan saja untuk mendapat yang terbaik, but ada juga bersaing untuk nampak the best dalam kalangan yang ada. ok persaingan yang paling hangat sekarang ni yang hyriel dapat tengok ialh persaingan untuk merebut perempuan bagi lelaki dan sebalik nya bagi yang perempuan. "Ada ke lelaki rebut lelaki?" ok abaikan~ bukan tak boleh rebut perempuan ni.. Tapi harus lah berpada-pada jgn sampai kita ni jadi perbualan ramai. yang paling hyriel tak suka bila rebut perempuan mesti ada yag tak puas hati.. Timbul la pergaduhan antara hang jebat dengan hang tuah.. haha 
             Ok cerita pasal rebut awek or pakwe habis. Ada lagi satu perkara yang baru-baru ni berlaku depan mata hyriel sendiri. Mungkin ada yang perasan dan ada yang tak kot. Dua orang guru yang mengajar mata pelajaran yang sama tetapi kelas yang berasingan. masing-II menunjukkan kepakaran dan menceritakan kisah yang boleh mendatangkan kemegahan dalam diri mereka. Kami sebagai anak murid hanya mampu mendengar dan melihat. Cikgu A "kalau anak murid saya dapat markah bawah 70% saya anggap bodoh". Ini lah yang hyriel pegang bile cikgu A berkata. Cikgu B pula tak mahu mengalah dan menyatakan "lepas saya peganag kelas (sekian) time real exam saja ramai yang dapat A+" Hello,, memang la banyak jasa guru yang membantu kami sebagai pelajar yang jahil ni. tapi dengan membanggakan diri sendiri tu hyriel rasa tak manis la kan. ada suatu ketika mereka macam saling menunjukkan mereka la lebih baik antara satu sama lain.. That's good tapi tak manis jika seorang guru manampakkan yang mereka saling menonjolkan diri meraka sehinggakan murid-II boleh perasan.
                Cerita Sang Arnab dan Sang kura-kura sentiasa hyriel jadikan teladan agar hyriel tidak menjadi seperti sang arnab yang berkebolehan tetapi angkur dan bongkak sehinggakan tewas dengan sang kura-kura dalam pertandingan lumba lari... (betul-II sastera la) wtf la kan.. janji setiap saingan yang hyriel bagi kat pesaing adalah secara sihat.. tetapi masih ada segelintir orang keliling yang tidak berpuas hati sebab setiap saingan hyriel yang menang.. Renung-II dan selamat beramal~
Read More

Tukar template baru ??

Assalamualaikum
 Selamat malam semua,,, Alhamdulillah akhirnya hyriel dapa juga siap kan penukaran template baru bagi blog hyriel.. actually baru siap 85% saja. now hyriel otw nak buat header baru... bolaeh la sesiapa yang nak bagi idea kat hyriel.. blog yang berwajah baru hyriel sekarang adalah nampak matang sedikit . kenapa? sebelum ni kebudak budakan ker? hehe bukan lah,, sebelum ni kan hyriel punya blog colourfull.. api hyriel sudah tetap kan warna pilihan baru hyriel iaitu warna putih.. cantik tak.. actually tak cantik pun tapi kelihaan kemas la berbading lama kan... apa pun erima kasih kepada kawan-II hyriel yang beri sokongan :)    insyallah hyriel sedaya upaya menambah baikkan blog hyriel.. 

gambar ni juga yang terbaru yang hyriel dah upload.. tak lah sehebat mana kan ? baiklah, apa-II hal nanti hyriel akan update entry baru.. mesej dah pun hyriel sampai kan.. selamat malam ^^,
Read More

Tutorial : Kotak Blockquote Ber-Shadow Bila Cursor Menyentuh

_>> Assalamualaikum <<_ center="center">
hye semua,, hari ni hyriel nak bagi tuto untuk kotak Blockqoute ber-shadow... kalau korang tak tau ape yang hyriel merepek ni,,, tengok contoh kat bawak ni yer, lepas tu follow step yang hyriel sedia kan ^^,
1. Log in > Dashboard > Design > Edit Html

2. Tekan Ctrl F serentak , dan cari kod ini :
blockquote:hover {
 3. Ada takk ? Kalau tak jumpa , cari kod ini :
.post blockquote {
 4. Kalau dah jumpa bagus . Kalau tak de , maknanya template awak memang tak de lah tuu :)  Kalau jumpa kod di nombor 3 , paste kan kod di nombor 2 di bawah kod no 3 ^^ Paham tak?

5. Then , paste kod ini di bawah kod  blockquote:hover { :
border:2px dashed #000000;
    -moz-border-radius-topleft: 10px;
    -moz-border-radius-bottomright: 10px;
-moz-box-shadow: 0 0 18px #FF3399 ;
-webkit-box-shadow: 0 0 18px #FF3399 ;
    }
 6. Then , korang tekan PREVIEW dulu . Kalau tak de error , boleh lah korang SAVE . Kalau ada ERROR jugak . Lihat betul-betul kod , di mana silapnya okeyy ? :)


7. SAVE bila semuanya dah siap ! ^^v

Read More

Tutorial : Border Melengkung Di Sidebar Title

_>> Assalamualaikum <<_ center="center">
hye all.. hari ni hyriel nak ajar sesuatu yang baru bagi new blogger,, sapa yang dah tau tu,, diam-II aje..:) laa ni hyriel nak ajar korang cara letak border melengkung di Side Bar title.. paham ak ni??

macam ni la..

jom ikut step yang hyriel bagi ni ye..

1. Korang pergi ke Template > Edit Html > Proceed 

2. Tekan Ctrl F serentak , dan cari kod ini :
h2 {

3. Ada jumpa kan ? Kalau jumpa , paste kod ni di bawah kod yang korang cari tadi :
text-align:center;
background-color: #FF4848;
border-radius: 30px 30px 0px 0px;
border-top: 3px solid #FF4848 ;
border-left: 3px solid #FF4848 ;
border-right: 3px solid #FF4848 ;
 4. Ok . Sekarang yang warna MERAH tu warna sidebar title tu . Kod warna korang boleh dapatkan DI SINI !!

5. Now ! Cer preview . Tengok menjadi tak sidebar korang tu ?

*Kalau jadi , alhamdulillah . Tutorial Hyriel ni berjaya menggembirakan hati korang tu . ekekeke . 


6. Apa lagi ? Now SAVE ! **SIAP**
Read More

Takdir aku dan dia

_>> Assalamualaikum <<_>
Sudah lama rasanya Hyriel tak jenguk blog ni,, mesti dah berabuk kalau blog ni sebuah bilik kan? tak kisah lah.. hari ni hyriel cuma nak cerita kan tentang antara hyriel dengan si Dia.. hehehe Alhamdulillah maybe kami ada jodoh.. hubungan kami selamat sehingga ke hari ini.. tapi bua kata orang-II dulu mana ada bumi yang tak ditimpa hujan kan? biasa lah adat bercinta.. setiap percintaan mesti ada time yang kita akan bergaduh.. mungkin salah faham.. begitu juga hubungan antara hyriel dengan si Dia.. 
Sudah takdir yang tertulis antara hyriel dan Dia.. Hyriel selesa bila bersama dia.. mungkin kebetulan banyak persamaan antara kami.. Hyriel tahu ada sebahagian di luar sana yang tak bersetuju dengan hubungan kami.. tapi buat kata orang kampung " ader aku kesah?" hahaha Hyriel tahu dia seorang yang jujur dan setia.. insyallah Hyriel akan usaha untuk menjadi yang terbaik untuk dia.. Hyriel akan menjadi seorang yang setia dan jujur.. 
Serius sayang Hyriel pada dia tak sma dengan sayang Hyriel dengan kawan Hyriel yang lain.. " Aku Cinta Engkau Kerana Allah" Hyriel sentiasa pegang ayat yang istimewa ni untuk jadikan panduan agar cinta kami di redhai.. Hyriel sering berdoa agar hubungan kami kekal hingga ke Jannah...Amin~
Tuhan... jagakan dia.. Dia kekasihku.. kan teap milikku..
Aku.. selalu mencintai.. sungguh menyayangi ..
Sepenuh hati ku
Sudikah kamu untuk menjadi milikku buat selamanya??? cewahhh.. bukan lah nak jiwang.. cuma hyriel mestilah practise nak cakap macam ni.. gugur ber jantung nak cakap live-II.. tapi insyallah suatu hari nanti pasi semua nie akan terucap... Insyallah...
 utusan buat kekasih aku... sayee tahu yang saya agak rapat dengan classmate sayee terutama perempuan,,, tapi percaya lah... dalam hati saya cuma ada kamuu seorang sahaja.. Azwana Hana cuma awak seorang sahaja yang sentiasa segar dalam hati saya..jangan lah risau dengan apa yang sayee selalu lakukan,,, Insyallah Allah selalu ada bersama saya dan membimbing saya... 
Read More
 photo banner2_zps6f99856f.jpg

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena