: : Latest Story by Putera Hyriel : :




Instagram

Bersama Cikgu Husna Mentalaah Ilmu




Instagram

Filem Man Sewel Datang KL Full Movie


_>>Assalamualaikum<<_
hye semue,, laa nie hyriel nak share dengan korang movie baru,,, kelakar la jugak,,, hehe lepas hyriel masokkn citer baik giler hari tuwh,,, sekarang hyriel dah masokkan cerita baru,, korang bace la sinopsis nyer dulu.. pastuwh kalau berminat boleh tonton skali~


Sinopsis Man Sewel Datang KL : Osman/Man, pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model.

Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan.

Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur.

Man kemudiannya pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu.

Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali pula seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu.Suatu hari Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah.

Bagaimana Man mahu berhadapan dengan Salim? Adakah benar tuduhan yang dilemparkan kepada Salim? Saksikan hero sewel ini yang cuba menyelongkar kebenaran yang tersembunyi dengan cara gila-gilanya.

DETAILS MAN SEWEL DATANG KL
Tarikh Tayangan : 31 Mei 2012
Pengarah : Abdul Rahman Adam (Fdam)
Penulis skrip : Abdul Rahman Adam (Fdam)
Penerbit Eksekutif : Dato’ Ismail Abdur Rahman & Hamizi Mat Juah @ Mat B.K.T
Penerbit : Rafiecca Md Radzi & Dzulhailee L’ Akhbar
Terbitan : Work Move Productiion Sdn. Bhd
Pelakon : Shuib Sepah, Siti Sarah Raisudin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rafidah Ibrahim, Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rosli Rahman Adam & Chef Yang Jamil
Penampilan Khas : May


Jom Tonton : KLIKSINI

Tinggalkan Komen dan Like : : You are de Best !!

0 Sang Pencerita:

 photo banner2_zps6f99856f.jpg

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

© 2011 Warkah Dari Putera Hyriel, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena